awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pihak digesa henti komen tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan Najib - Zahid

Bernama
Bernama
28/04/2023
13:20 MYT
Semua pihak digesa henti komen tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan Najib - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail/BERNAMA
PONTIAN: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen yang tidak sepatutnya," katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad hari ini yang merayu agar permohonan pengampunan bekas Presiden UMNO itu ditolak.
Pada 9 April lepas, Ahmad Zahid dilapor berkata hasrat UMNO mempersembah permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pertimbangan pengampunan kepada Najib adalah mengikut prosedur perundangan sedia ada dan tiada desakan politik.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menyentuh rundingan mengenai pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
Beliau berkata perbincangan di peringkat negeri telah diadakan antara BN dengan Pakatan Harapan (PH).
"Kita tidak akan menggunakan pendekatan parti-parti politik di dalam gabungan, parti komponen untuk mengadakan perbincangan secara berasingan maka sebarang perundingan hendaklah melibatkan dua parti gabungan iaitu BN dan PH.
"Semua keputusan di bawah perbincangan enam negeri ini akan dibawa ke peringkat tertinggi di mana kita akan terus membincangkan tentang kerusi-kerusi yang sesuai ditandingi dan insya-Allah, apabila kita mula mengadakan perbincangan ini, kita akan mencari jalan terbaik tentang kebolehmenangan kerusi Dewan Undangan Negeri di keenam-enam negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu pengampunan Najib
#Ahmad Zahid Hamidi
#komen
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan