awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pihak termasuk Johor mesti hormati terma perjanjian air 1962, kata Singapura

Bernama
Bernama
03/03/2019
21:19 MYT
Semua pihak termasuk Johor mesti hormati terma perjanjian air 1962, kata Singapura
Osman dilaporkan berkata Johor telah membayar bagi bekalan air terawat dari Singapura selama ini, dan perancangan untuk memenuhi keperluan sendiri untuk air terawat akan dimuktamadkan tidak lama lagi. - Gambar fail
Singapura berpegang kepada pendirian bahawa semua pihak termasuk Johor mesti menghormati terma Perjanjian Air 1962.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) berkata Singapura menarik perhatian kepada perancangan kerajaan negeri Johor untuk meningkatkan kapasiti bagi pengeluaran air terawat untuk memenuhi keperluannya sendiri.
"Ini tidak menjejaskan pendirian Singapura bahawa semua pihak, termasuk Johor mesti menghormati terma Perjanjian Air 1962 dan mana-mana pihak tidak boleh secara unilateral mengubahnya, "kata jurucakap MFA.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pertanyaan media berhubung kenyataan oleh Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian pada 1 Mac.
Osman dilaporkan berkata Johor telah membayar bagi bekalan air terawat dari Singapura selama ini, dan perancangan untuk memenuhi keperluan sendiri untuk air terawat akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
"Tetapi perkara ini masih lagi di peringkat perancangan dan saya tidak dapat berkongsi butirannya ketika ini sehingga perancangan ini bersedia untuk dilaksanakan," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#kerajaan
#Malaysia
#Menteri Besar
#Osman Sapian
#perjanjian air
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan