Semua sekolah dan institusi prasekolah di Melaka yang ditutup hari ini akibat jerebu diarah dibuka semula seperti biasa esok.
Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron melalui radio Melaka FM, petang ini.
Mengulas lanjut, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Kasim Muhamad ketika dihubungi Bernama berkata kesemua 313 sekolah menengah dan rendah itu dibuka semula ekoran bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) kini berada di bawah tahap bahaya.
Beliau berkata sehingga 4 petang ini, Bandaraya Melaka mencatatkan IPU 127 manakala Bukit Rambai 148.
"Mengikut pekeliling Kementerian Pendidikan, sekolah dibenar dibuka sekiranya IPU di bawah 300, namun aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan dihentikan seketika," katanya.
Katanya pelajar juga digalak menggunakan topeng muka bagi mengelak terdedah pelbagai risiko yang boleh menjejaskan kesihatan.
Bernama
Mon Jun 24 2013
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Notre-Dame dibuka semula 7 Dis, lima tahun selepas kebakaran
Katedral Notre-Dame di Paris akan dibuka semula pada 7 Dis, lima tahun selepas kebakaran dahsyat yang menarik perhatian dunia.
Tanah jerlus: Jalan Masjid India mula dikunjungi semula
Jalan utama berhampiran kawasan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mula menyaksikan pergerakan orang ramai namun dalam keadaan terkawal.
Jalan Batang Kali-Genting dibuka semula 3 petang esok
Laluan B66 Jalan Batang Kali menuju ke Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka semula, esok.
Pulau Kukup akan dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya Mei ini - Exco
Pulau Kukup akan dibuka semula kepada orang ramai pada hujung bulan ini atau awal Mei depan setelah ditutup lebih empat tahun atas faktor keselamatan.
Jejantas Stesen Kereta Api Padang Besar ke ICQs dibuka semula
Jejantas pejalan kaki sepanjang 350 meter itu ditutup pada 1 September 2020 oleh JIM berikutan faktor keselamatan.
Zoo Johor bakal dibuka semula April ini - Onn Hafiz
Zoo Johor yang kini ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf fasa satu akan dibuka semula kepada orang ramai pada April ini.
Gas amonia bocor: Kawasan sekitar kilang ais di Ara Damansara dibuka semula
Kawasan sekitar Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, yang ditutup kepada orang awam susulan berlaku kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais semalam, kini dibuka semula.
Air Terjun Gunung Ledang dibuka semula Sabtu ini
Selepas setahun ditutup, Air Terjun Gunung Ledang di Tangkak akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 8 Julai ini.
Jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dibuka semula hari ini
Jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup sejak 3 April lalu kembali dibuka semula hari ini untuk kegunaan orang ramai.
Air Terjun Gunung Ledang dibuka semula bulan depan
Air Terjun Gunung Ledang yang telah ditutup sejak setahun lalu bagi kerja-kerja naik taraf, akan dibuka semula kepada umum bulan depan.