awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua stesen TV disaran guna khidmat jurubahasa isyarat - Annuar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
31/10/2021
00:18 MYT
Semua stesen TV disaran guna khidmat jurubahasa isyarat - Annuar
Annuar berkata BERNAMA dipertanggungjawabkan untuk melatih pakar-pakar bahasa isyarat yang berkebolehan. - Foto BERNAMA
KETEREH: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyarankan supaya semua stesen televisyen yang ada dalam negara menggunakan khidmat jurubahasa isyarat.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, orang kelainan upaya (OKU) juga berhak untuk menonton saluran lain dan bukan hanya Radio TV Malaysia (RTM) semata-mata.
"Saya sangat bersetuju kerana golongan kurang upaya berhak untuk mendapat maklumat sama seperti orang lain.
"Sebelum ini jurubahasa isyarat hanya diamalkan oleh stesyen tertentu khususnya RTM dan sekarang semua stesen TV yang dilesenkan, khususnya swasta, hendaklah guna jurubahasa isyarat," katanya.
Annuar berkata, untuk itu Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) dipertanggungjawabkan untuk melatih pakar-pakar bahasa isyarat yang berkebolehan.
Kerjasama dengan Persatuan Orang Kelainan Upaya dan BERNAMA itu kelak dapat melahirkan jurubahasa isyarat yang dapat ditempatkan di stesen TV swasta.
Annuar berkata demikian di sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Ketereh di sini pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#jurubahasa isyarat
#Annuar Musa
#OKU
#stesen TV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan