awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua sudah okay – kereta kecil dijual kembali di Assam, India

Astro Publication
Astro Publication
02/09/2015
05:13 MYT
Semua sudah okay – kereta kecil dijual kembali di Assam, India
Tidak mengejutkan, Mahkamah Tinggi Gauhati di jajahan Assam, India telah membenarkan kembali penjualan kereta kecil (bawah 1,500kg) yang telah terhenti sementara kerana petisyen yang kuat untuk mengetengahkan ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi.
[Klik di sini untuk membaca laporan awal kes]
Mengikut berita ini, mahkamah memutuskan bahawa mana-mana kenderaan yang sudah lulus semua ujian pelanggaran dan emisi yang ditetapkan oleh Biro Standard India tetap boleh dijual. Walaupun diketahui yang standard ujian digunakan di India sekarang agak longgar – dan tidak mengikut standard NCAP terkini – ia masih lagi sah dari segi undang-undang.
Standard ujian pelanggaran NCAP hanya akan mula digunakan di India pada tahun 2017, jika ia diluluskan oleh kerajaan. Keputusan mahkamah untuk menghentikan penjualan kereta-kereta kecil seperti Maruti Suzuki Swift, Hyundai i10 dan Honda Jazz di pasaran paling besar di Timur Laut negara India pasti akan menggembirakan ahli-ahli Persatuan Pengeluar Automobil India (SIAM) terutamanya 16 syarikat kereta yang terjejas. Dikhabarkan bahawa penjualan kereta kecil di Assam turun sebanyak 60% akibat perintah mahkamah sebelum ini.
Antara sebab petisyen awal menghentikan jualan kereta kecil ini diluluskan adalah untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin, khususnya melihat kepada keadaan jalan-jalan bahaya di Assam yang bergunung-ganang.
Topic Berkaitan
# Honda
# Hyundai
# keselamatan
# Suzuki
#NCAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan