awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai Exco Melaka sudah dipersembahkan kepada TYT untuk dipersetujui

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
11/03/2020
13:32 MYT
Senarai Exco Melaka sudah dipersembahkan kepada TYT untuk dipersetujui
Datuk Sulaiman Md Ali berkata, senarai nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal dilantik sebagai Exco, sudah dipersembahkan kepada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohamad Khalil Yaakob. - Astro AWANI
Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu dijangka mengangkat sumpah Jumaat ini.
Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, senarai nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal dilantik sebagai Exco, sudah dipersembahkan kepada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohamad Khalil Yaakob untuk dipersetujui.
“Saya dah persembahkan kepada Tun (Dr Mohamad Khalil), saya tunggu arahan daripada Tun untuk kita senaraikan melalui media nanti.
“Tak apa saya selesaikan (isu) air ini sedikit dahulu, nanti saya akan fikirkan siapa Exco saya nak letak untuk jaga air ni,” katanya ketika ditemui di sini.
Sekurang-kurangnya sembilan ADUN disenaraikan untuk dilantik sebagai Exco negeri, termasuk seorang ADUN wanita.
BACA: Ketua Menteri Melaka yakin gabungan Perikatan Nasional beri gerak kerja baik buat rakyat
BACA: Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12
Perikatan Nasional negeri Melaka mempunyai 15 ADUN, membabitkan 13 dari Barisan Nasional (BN), masing-masing satu dari PKR dan Bebas.
Datuk Sulaiman sebelum itu mengadakan lawatan ke kawasan empangan di Jus dan Durian Tunggal, petang ini.
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Exco
#Kerajaan negeri Melaka
#Ketua Menteri Melaka
#Melaka
#Mohamad Khalil Yaakob
#Perikatan Nasional
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan