WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang menamatkan darurat negara ke atas COVID-19 dengan segera.

Senat meluluskan langkah itu pada Rabu dengan undian 68-23, lapor Sputnik.

Ketua Majoriti Senat AS Chuck Schumer dalam kenyataan awal berkata Presiden Joe Biden tidak akan membantah resolusi itu.

Biden sebelum ini merancang untuk menamatkan darurat nasional menjelang 11 Mei.

Darurat nasional berhubung pandemik coronavirus diisytihar oleh bekas Presiden AS Donald Trump pada Mac 2020.

-- BERNAMA