awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senat Perancis lulus draf persaraan kepada 64 tahun

Bernama
Bernama
09/03/2023
21:45 MYT
Senat Perancis lulus draf persaraan kepada 64 tahun
Pada Selasa, kira-kira 1.2 juta pekerja membabitkan hampir semua sektor ekonomi Perancis, termasuk tenaga dan pengangkutan mengadakan protes di seluruh negara. - Foto REUTERS
MOSCOW: Senat Perancis pada Khamis meluluskan draf untuk meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun, yang menjadi punca utama protes di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu, lapor media Perancis.
Seramai 201 Ahli Parlimen menyokong peruntukan itu manakala 115 lagi menentang, lapor Sputnik memetik laporan BFMTV.
Peruntukan meningkatkan umur persaraan adalah sebahagian daripada draf undang-undang mengenai pencen, yang kini sedang dipertimbangkan oleh parlimen.
Senat dijangka mempertimbangkan keseluruhan draf undang-undang sehingga 12 Mac, sebelum dihantar ke Dewan Negara untuk diluluskan.
Pada Selasa, kira-kira 1.2 juta pekerja membabitkan hampir semua sektor ekonomi Perancis, termasuk tenaga dan pengangkutan mengadakan protes di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umur persaraan
#Senat Perancis
#protes
#draf undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan