Seni itu bukan terbatas kepada muzik, batik atau aksi di pentas. Lukisan juga ekspresi seni yang tiada batas dalam jiwa seseorang pengkarya itu. Melalui lukisan, gambaran apa sahaja diterjemah di kanvas sebelum menjadi hasil untuk dihargai kalangan khalayak.
Terjemahan hasil karya itu pula tidak datang dengan mudah, sebaliknya terkumpul kerana pengembaraan dan pengalaman. Dari pengalaman pengembaraan melalui penerbangan, seniman visual, Masnoor Ramli cuba tampil menterjemah apa yang ada di kotak mindanya itu ke pentas kanvas lukisan.
Inspirasi dan pengalaman
Kepada Masnoor, inspirasi dari pengalaman dalam pengembaraannya ke Eropah dua tahun lalu cuba diekspresikan dengan lukisan yang menimbulkan pelbagai soalan.
"Banyak benda dari segi aspek kapal terbang dapat saya terjemahkan melalui pengembaraan saya melalui jet peribadi sebelum ini. Ia satu benda yang menarik. Banyak yang kita tidak tahu mengenai penerbangan,"
"Keindahan perjalanan itu, apa yang kita nikmati sama ada keindahan tentang landskap,. boleh tengok tekstur, tempat yang berubah. Kita juga boleh bertemu orang dan itu yang kita sukar dapat," kata Masnoor semasa ditemui baru-baru ini.
Tragedi 8 Mac
Hampir tiga dekad menceburi bidang seni lukisan, beliau sentiasa mahu yang terbaik dalam karyanya. Bagi Masnoor, seni turut mampu mengembalikan keyakinan masyarakat. Turut simpati dengan tragedi MH370, beliau berharap perspektif masyarakat terhadap industri penerbangan akan lebih baik.
Katanya di sebalik kekhuatiran orang ramai mengenai pesawat milik MAS itu, mana tahu keyakinan itu dapat dirangsang semua melalui karyanya.
"Ia disesuaikan mengikut masa dan keadaan serta isu berbangkit, seperti misteri kehilangan MH370. Kami golongan pelukis, juga tidak mahu ketinggalan memberi jasa, sumbangan dalam bentuk yang bersesuaian dengan jiwa dan bakat kami,'' kata Masnoor ketika ditemui baru-baru ini.
Jangan takut terbang
Pada akhirnya, Masnoor berharap ideanya menjadi lorong untuk meningkatkan keyakinan khususnya dalam kalangan orang ramai supaya jangan takut untuk berada di awan biru lagi.
Masnoor, seniman visual yang juga merupakan Pengasas Kumpul Mata Hati ini akan melancarkan pameran sulungnya 1 Jun sehingga 1 Julai ini di Galeri Artcube Intermark, di Kuala Lumpur.
Bertemakan 'penerbangan' atau aviasi, pameran sulungnya 1 Jun ini mempertaruhkan karyanya dengan sepenuh hati untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya nikmati pengembaraan, selebihnya jangan takut untuk terbang lagi.
Nabihah Hamid
Sun Apr 20 2014
Seniman visual Masnoor Ramli
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.