KOK LANAS: Datuk Seri Mohd Alwi Che Ahmad meminta DAP mengambil tindakan ke atas Ronnie Liu Tian Khiew susulan satu hantaran di laman sosial yang didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.
Katanya, kenyataan Ronnie yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya, mempersoalkan mengapa umat Islam tidak boleh bekerja di kilang minuman keras, disifatkan biadap dan mengguris hati umat Islam.
"Saya terpanggil dan kecewa apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan yang jelas menghina, biadap dan menggugat umat Islam dengan mempersoalkan larangan umat Islam bekerja di kilang minuman keras," katanya ketika ditemui di sini.
"Sekiranya beliau tidak faham atau jahil dengan hal ehwal Islam, sebaiknya diam dan tidak mencampuri urusan agama Islam yang menjadi pegangan sebahagian besar masyarakat melayu di Malaysia," kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO nya.
Tegas Mohd Alwi, kenyataan Ronnie itu boleh membangkitkan kemarahan umat Islam kerana kejahilannya atau dengan sengaja mahu mencemar keharmonian dan kesucian Islam.
Terbaru, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan DAP itu mempersoalkan mengapa umat Islam tidak boleh terlibat sama ada bekerja, menyentuh atau menghantar minuman keras.
Katanya, beliau faham, minum minuman keras adalah larangan dan haram bagi umat Islam namun beliau tidak faham kenapa bekerja di kilang minuman keras, juga tidak dibenarkan.
Mohd Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, Ronnie tidak faham bahawa Islam melarang umatnya terlibat sama ada mengangkat, menulis, menghantar atau apa jua urusan berkaitan minuman keras, apatah lagi bekerja di kilang yang menghasilkan minuman keras.
Muhafandi Muhamad
Mon Nov 01 2021
![Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635736683_MohdAlwiCheAhmad.jpg)
Mohd Alwi berkata, kenyataan Ronnie Liu boleh membangkitkan kemarahan umat Islam. - Gambar fail
Bekalan makanan di selatan Gaza berisiko susut - WFP
Bekalan makanan ke selatan Gaza kini berada pada tahap risiko susulan Zionis Israel melanjutkan operasi ketenteraannya.
Haji 2024: Umat Islam tunai haji turut fikir nasib rakyat Palestin
Walaupun dengan kesibukan persediaan untuk menunaikan haji, umat Islam yang menjadi tetamu Allah juga sempat memikirkan tentang nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis akibat perang di Semenanjung Gaza, sejak Oktober lalu.
Jemaah Malaysia, jutaan umat Islam dunia berwukuf hari ini
31,600 jemaah haji Malaysia menyertai lebih 3 juta umat Islam dari seluruh dunia berhimpun untuk kemuncak ibadat haji iaitu berwukuf di Padang Arafah.
Malaysia bakal bina pelabuhan kontena baru dilengkapi AI
Malaysia akan membina pelabuhan kontena baharu di sepanjang KAWASAN pantai barat YANG menghadap Selat Melaka, salah satu laluan laut tersibuk di dunia, ketika negara bersiap sedia untuk meNERIMA permintaan logistik yang DIPACU oleh peralihan rantaian bekalan global.
Pelabuhan yang dianggarkan bernilai 2 bilion ringgit ($425 juta) ITU akan menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan kecekapan operasi SEKALIGUS menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang berbuat demikian.
Pelabuhan yang dianggarkan bernilai 2 bilion ringgit ($425 juta) ITU akan menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan kecekapan operasi SEKALIGUS menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang berbuat demikian.
PM sumbang RM113,000, 42 lembu pada 29 masjid dan 13 surau
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota pada Jumaat.
Anwar menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau ketika mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid dan surau bagi kawasan Parlimen itu.
Anwar menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau ketika mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid dan surau bagi kawasan Parlimen itu.
Kerajaan tubuh jawatankuasa dekarbonisasi kebangsaan
Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan melibatkan kerajaan-kerajaan negeri serta pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan peralihan kepada pembangunan rendah karbon dilaksanakan secara teratur dan seimbang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sebuah hantaran di Facebook pada Jumaat berkata, pelaksanaan itu akan turut disokong dengan dasar baharu yang lebih terangkum dan menyeluruh dengan mengambil kira komitmen negara di bawah Perjanjian Paris.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sebuah hantaran di Facebook pada Jumaat berkata, pelaksanaan itu akan turut disokong dengan dasar baharu yang lebih terangkum dan menyeluruh dengan mengambil kira komitmen negara di bawah Perjanjian Paris.
![Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718409114_BousteadHeavyIndus.jpg)
Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC
Pemberian LOA ini membuktikan keyakinan kerajaan Malaysia terhadap kebolehan BSES dan BHIC menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.
![Menteri Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah Menteri Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718408932_XTwitter.jpg)
Menteri Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah
Kerajaan Indonesia akan menghantar lebih banyak surat amaran sebelum memutuskan kemungkinan penutupan.
![Kate Middleton semakin pulih, sedia hadiri acara diraja Kate Middleton semakin pulih, sedia hadiri acara diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718407054_Princess.jpg)
Kate Middleton semakin pulih, sedia hadiri acara diraja
Acara Trooping the Color yang akan berlangsung hari ini menjadi penampilan umum pertama Puteri Wales itu sejak didiagnos kanser pada Januari lalu.
![Muhammad Azeem lakukan ‘false start’ di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Muhammad Azeem lakukan ‘false start’ di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718404511_AzeemFahmi.jpg)
Muhammad Azeem lakukan ‘false start’ di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia mencipta kejutan apabila penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan kerana 'false start' atau salah mula.
![Kerajaan Negeri diminta semak perolehan royalti emas Kerajaan Negeri diminta semak perolehan royalti emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635736683_MohdAlwiCheAhmad.jpg)
Kerajaan Negeri diminta semak perolehan royalti emas
Datuk Seri Mohd Alwi Che Ahmad mendakwa syarikat berkenaan yang tersenarai di Bursa Saham Singapura memperolehi hasil yang lumayan.
![Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635736683_MohdAlwiCheAhmad.jpg)
Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu
Alwi berkata, kenyataan Ronnie Liu disifatkan biadap dan mengguris hati umat Islam.
!['Kaji semula larangan tutup kedai makan waktu solat Terawih di Kelantan' 'Kaji semula larangan tutup kedai makan waktu solat Terawih di Kelantan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71532422582_MdAlwiCheAhmad.jpg)
'Kaji semula larangan tutup kedai makan waktu solat Terawih di Kelantan'
Katanya solat Terawih adalah amalan sunat yang tidak diwajibkan oleh Islam namun arahan menutup kedai kedai makan adalah sesuatu yang kurang wajar.
![UMNO perlu ganti muka baharu untuk depani cabaran - Alwi UMNO perlu ganti muka baharu untuk depani cabaran - Alwi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437379854_ALWICHEAHMAD.jpg)
UMNO perlu ganti muka baharu untuk depani cabaran - Alwi
Ketua Penerangan UMNO Kelantan minta pemimpin yang tidak lagi layak berada di barisan pimpinan untuk akur dan beri ruang kepada muka baharu.