awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senyap-senyap Anthony Loke turun padang, tinjau situasi perkhidmatan LRT

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/12/2022
13:00 MYT
Senyap-senyap Anthony Loke turun padang, tinjau situasi perkhidmatan LRT
Loke membuat tinjauan itu sendirian semasa waktu puncak, antara jam 5 hingga 7 petang tadi. - Foto Facebook Anthony Loke
KUALA LUMPUR: Tidak menunggu lama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memulakan tinjauan bagi menilai situasi sebenar perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.
Dalam kemas kini di Facebook, Loke memaklumkan beliau membuat tinjauan itu sendirian semasa waktu puncak, antara jam 5 hingga 7 petang tadi.
Menerusi beberapa gambar yang turut dimuat naik, dapat dilihat kehadiran Loke yang hanya mengenakan kemeja kasual lengkap dengan topi dan pelitup muka, bukan sahaja tidak disedari orang awam, malah polis bantuan yang berada di stesen LRT berkenaan.
"Petang tadi, saya meluangkan masa 2 jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line semasa peak hour di antara pukul 5-7 petang.
"Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.
"Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari," tulisnya.
Di akhir hantaran itu, Loke memaklumkan akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga bagi membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam.
Petang tadi, saya meluangkan masa 2 jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line semasa peak-hour di...
Posted by Anthony Loke Siew Fook on
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#LRT
#prasarana
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan