awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang daripada empat rakyat Malaysia ada akses kandungan cetak rompak digital

Rizal Zulkapli
Rizal Zulkapli
14/02/2019
03:06 MYT
Seorang daripada empat rakyat Malaysia ada akses kandungan cetak rompak digital
Persatuan Industry Video Asia (AVIA) merumuskan kegiatan menonton kandungan cetak rompak atas talian pada masa kini bukan lagi tabiat negatif. - Gambar Astro AWANI
Sekurang-kurangnya seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terhubung dengan internet mempunyai peranti yang membolehkan mereka mengakses kandungan cetak rompak di alam maya.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industry Video Asia (AVIA), Louis Boswell berkata, kegiatan menonton kandungan cetak rompak atas talian pada masa kini bukan lagi tabiat negatif.
Sebetulnya, tegas Boswell, pelakuan menonton kandungan cetak rompak di atas talian adalah sama seperti mencuri.
“Bezanya (antara mencuri di kedai dan menstrim video cetak rompak) adalah tiada penjaga kedai dan kamera keselamatan dan pencuri pula salah anggap, menyangka ia adalah jenayah dengan tiada mangsa," kata Boswell.
Penegasan itu dibuat Boswell ketika berucap di Sidang Kemuncak Anti Cetak Rompak Kandungan Digital di Putrajaya pada Khamis
Menurut Boswell, dalam usaha menghentikan kandungan cetak rompak digital, apa yang perlu dilakukan adalah memastikan organisasi di belakang kandungan haram ini dihentikan menerusi strategi termasuk menyekat Alamat Protokol Internet atau IP.
Tambah beliau, organisasi ini merupakan jenayah terancang dengan skala besar dan sebahagian daripada empayar yang turut terlibat dalam kandungan terlarang termasuk pornografi dan jenayah.
Boswell berkata, penguatkuasa tidak seharusnya menahan individu yang mengakses kandungan cetak rompak ini, sebaliknya, mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalurkan kandungan ini di atas talian menerusi sekatan IP.
Kata beliau lagi, jika ini boleh dilakukan untuk kandungan seperti pornografi kanak-kanak serta yang mengancam keselamatan negara, tentunya ia juga boleh digunapakai untuk laman web dengan kandungan cetak rompak.
Sidang Kemuncak Anti Kandungan Cetak Rompak Digital di Putrajaya yang berlangsung pada Khamis turut membincangkan isu risiko kepada anak-anak kecil dan remaja yang mengakses kandungan cetak rompak, kesan negatif kepada industri dan sekatan kepada laman web dengan kandungan cetak rompak digital.
Topic Berkaitan
#AVIA
#Cetak rompak
#digital
#Persatuan Industry Video Asia
#Sidang Kemuncak Anti Kandungan Cetak Rompak Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan