awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang kakitangan TH Kota Kinabalu positif COVID-19

Bernama
Bernama
14/10/2020
12:06 MYT
Seorang kakitangan TH Kota Kinabalu positif COVID-19
Kakitangan Tabung Haji kota Kinabalu telah menjalani saringan COVID-19 pada 8 Oktober dan didapati positif hari ini.
KOTA KINABALU:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) di sini positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.
TH menerusi kenyataan hari ini memberitahu, kakitangan tersebut telah menjalani saringan COVID-19 pada 8 Oktober dan didapati positif hari ini.
"TH juga telah menutup semua cawangannya di Sabah bermula 7 Oktober sebaik sahaja menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari kerajaan negeri Sabah.
"Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, anggota yang dikenal pasti kontak rapat dengan pegawai yang dijangkiti COVID-19 telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan serta menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari," katanya.
TH juga memaklumkan pihaknya akan melaksanakan sanitasi kawasan kerja Ibu Pejabat TH Kota Kinabalu dan bekerjasama rapat dengan KKM dengan mengambil langkah pencegahan bagi meminimumkan potensi jangkitan kepada warga kerja lain juga para pendeposit yang berurusan di kaunter TH.
Menurut kenyataan itu, TH sentiasa mengutamakan keselamatan warga kerja dan para pendepositnya dan menasihati orang awam khususnya pendeposit berurusan di Bangunan Pejabat TH untuk sentiasa mematuhi semua garis panduan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan di semua pintu masuk dan kaunter TH. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#kakitangan positif COVID19
#kakitangan TH
#Kota Kinabalu
#Sabah
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan