Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala lima individu masih hilang dan lima mangsa lagi selamat apabila sebuah bot pancung membawa 11 individu dilaporkan terbalik berdekatan perairan Pulau Nunuyan, dekat sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa-mangsa yang terselamat berumur di antara 19 hingga 29 tahun, sementara yang masih hilang berumur antara setahun hingga 38 tahun.
Kanak-kanak lelaki yang disahkan terkorban itu pula berumur tujuh tahun.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang melakukan latihan terserempak bot tersebut pada kira-kira jam 12.15 tengah hari Jumaat.
"Sebaik didekati, lima mangsa berpaut pada bot dan diselamatkan. Mangsa dan bot kemudiannya dibawa ke Markas Wilauah Laut Dua sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dirawat.
"Namun, seramai enam mangsa dilaporkan hilang selepas bot pancung dinaiki mereka disyaki terbalik," katanya dalam satu sidang media, pada Jumaat.
Katanya, pihaknya kemudian menerima laporan daripada TLDM lalu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada jam 2.03 petang.
"Pasukan SAR kemudiannya menemui mayat bayi lelaki tujuh tahun terapung, manakala (mangsa-mangsa) yang lain belum ditemui lagi. SAR kini masih giat dijalankan," katanya.
Katanya, bot disyaki dari Pulau Taganak, Filipina dan dipercayai masuk ke Sandakan.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa pemegang kad pengenalan sementara Malaysia," katanya lagi.
Radhi Muslim
Fri Mar 01 2019
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
APMM kecilkan kawasan pencarian mangsa bot pancung terbalik
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot pam dinaiki bersama rakannya dipukul ombak.
Seorang kanak-kanak maut, lima hilang kejadian bot karam
Seorang kanak-kanak lelaki terkorban, lima individu masih hilang dan lima mangsa lagi selamat apabila sebuah bot pancung membawa 11 individu dilaporkan terbalik.
Bot pancung terbalik di Mersing, 10 mayat PATI dijumpai
APMM Wilayah Maritim Selatan melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengesahkan kejadian bot pancung karam di Pantai Tanjung Leman pada pagi tadi.
Bot pancung terbalik di Mersing, sembilan mayat PATI dijumpai
Sembilan mayat dipercayai Pendatang Tanpa Izin (PATI) ditemui terdampar di pantai berhampiran Tanjung Leman, Mersing, Johor, selepas bot pancung dinaiki terbalik.