awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi ejen direman, terima rasuah RM40,000 percepat pemeriksaan kenderaan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
22/03/2025
13:15 MYT
Seorang lagi ejen direman, terima rasuah RM40,000 percepat pemeriksaan kenderaan
Suspek direman empat hari sehingga 25 Mac selepas Penolong Kanan Pendaftar, Assayidatun Najwa Muhammad Nasution membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu. - Gambar SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi ejen dipercayai menerima rasuah kira-kira RM40,000 daripada pemilik kenderaan bagi mendapat nombor giliran untuk mempercepat proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikut prosedur sah.
Suspek direman empat hari sehingga 25 Mac selepas Penolong Kanan Pendaftar, Assayidatun Najwa Muhammad Nasution membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu.
“Tangkapan adalah susulan operasi dijalankan SPRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) pada Jumaat.
“Ia membabitkan siasatan terhadap beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket ejen mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan secara tidak sah,” kata sumber.
Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang Jumaat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Sumber turut mendedahkan, Bahagian Penguatkuasa JPJ mendapati beberapa individu menyalahguna sistem tempahan pemeriksaan PUSPAKOM, dengan membuat tempahan secara pukal menggunakan nombor kenderaan rawak.
“Modus operandi sindiket adalah menawarkan tarikh tempahan awal kepada pelanggan dengan bayaran ratusan ringgit bagi setiap slot pemeriksaan.
Selepas menerima bayaran, mereka akan menjadualkan semula tarikh pemeriksaan bagi membolehkan permohonan baharu dibuat dalam sistem,” ujarnya.
Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#JPJ
#Puspakom
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan