awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2024
10:31 MYT
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
Menurut sumber, suspek merupakan rakan kongsi kepada pengarah syarikat yang sebelum ini telah ditahan oleh SPRM pada Khamis lalu. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi suspek bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta.
Majistret Mason Jaro Lenya Barayan membenarkan suspek lelaki berusia lingkungan 50-an direman selama lima hari sehingga 15 Disember 2024 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuching, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek merupakan rakan kongsi kepada pengarah syarikat yang sebelum ini telah ditahan oleh SPRM pada Khamis lalu dengan berpakat dan berkomplot bagi membolehkan beberapa syarikat mendapat projek-projek pembinaan dikeluarkan pejabat kerja raya sebuah daerah di Sarawak.
"Mereka dipercayai telah melakukan perbuatan itu antara tahun 2022 hingga 2024 sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan yang bernilai kira-kira RM250 juta.
"Susulan itu, suspek telah ditahan sekitar jam 6.30 petang semalam di sebuah daerah negeri Sarawak," katanya.
Sehingga hari ni SPRM telah menahan tiga suspek termasuk seorang jurutera awam berhubung dengan kes ini.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009 serta tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#suspek bergelar Datuk direman
#SPRM
#projek pembinaan di Sarawak
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan