awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi mangsa rakit tenggelam di Batu Pahat ditemukan lemas

Bernama
Bernama
26/12/2015
14:36 MYT
Seorang lagi mangsa rakit tenggelam di Batu Pahat ditemukan lemas
- Anggota Bomba dan Penyelamat menemui mayat Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, selepas rakit yang dinaiki tenggelam akibat terlebih muatan dalam kejadian di Sungai Bekok, Yong Peng pukul 8.40 malam tadi. - Gambar Bernama
Seorang lagi mangsa yang hilang selepas rakit dinaiki tenggelam akibat terlebih muatan di Sungai Bekok, Yong Peng, dekat Batu Pahat, petang tadi, ditemukan lemas, malam ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Ibnul Kasim Ahmad berkata, mayat Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, ditemukan pada 8.40 malam.
"Mayat mangsa ditemukan di bahagian tengah sungai, kira-kira dua meter dari lokasi rakit yang dilaporkan tenggelam," katanya ketika dihubungi Bernama.
Belliau berkata sehubungan itu, gerakan mencari dan menyelamat sedang dilakukan bagi mencari ibu Mohd Aiman Arif, iaitu Lana Ismail, 50-an, yang turut hilang dalam kejadian tersebut.
Dalam kejadian 3 petang tadi, rakit membawa 10 orang yang mempunyai hubungan keluarga itu tenggelam ketika kesemua mangsa sedang menyeberang sungai untuk melihat ternakan kambing.
Dua beradik iaitu Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan, lemas sejurus kejadian itu.
Mohd Aiman Arif dan Lana dilaporkan hilang manakala enam yang lain terselamat sebelum Mohd Aiman Arif ditemukan kira-kira enam jam selepas kejadian.
Kesemua enam mangsa yang terselamat pula adalah Hairaddin Masran, 58, Nor Diana Alisa Hairaddin, 31, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, Junaidah Yang, 28, Siti Farahida Hairaddin, 26, serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2.
Topic Berkaitan
#lemas
#mangsa
#Mohd Aiman Arif Hairaddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan