awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lelaki ditahan, lima kes simbah cat di JB selesai

Bernama
Bernama
16/03/2024
07:00 MYT
Seorang lelaki ditahan, lima kes simbah cat di JB selesai
Lelaki berumur 37 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima menerima laporan berkaitan kejadian simbahan cat merah pada pagar rumah pengadu semalam. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian simbah cat merah dan menampal nota ugutan di kawasan Johor Bahru semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian simbahan cat merah pada pagar rumah pengadu berserta satu nota ugutan pukul 3.58 pagi semalam.
Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barang seperti telefon bimbit, kad akses, sebuah kereta, empat kertas putih A4 bertulis nota ugutan serta nombor telefon Singapura dengan tulisan berwarna merah.
"Turut dirampas satu pasport Malaysia, satu 'marker pen permanent', satu beg kain dan sepasang sarung tangan berwarna merah, dua nombor pendaftaran palsu serta satu botol plastik mengandungi cat merah, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Raub berkata ekoran penahanan lelaki itu polis berjaya menyelesaikan lima kes simbahan cat di bandar raya ini yang didalangi sindiket pinjaman wang tanpa lesen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ejadian simbah cat
#tampal nota ugutan
#polis Johor Bahru
#Lelaki ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan