awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua cedera nahas dua kereta di Tanjung Tualang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/07/2024
22:40 MYT
Seorang maut, dua cedera nahas dua kereta di Tanjung Tualang
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Tanjung Tualang, Kampung Batu 3. - Foto JBPM Perak
BATU GAJAH: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Tanjung Tualang, Kampung Batu 3, Tanjung Tualang, dekat sini, malam tadi.
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan manakala dua pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta hanya cedera ringan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.57 malam.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah telah dikejarkan ke lokasi.
“Kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Toyota Corona dengan Honda.
“Terdapat tiga orang mangsa, seorang mangsa perempuan yang membawa Toyota telah tersepit dan maut manakala dua lagi mangsa, seorang lelaki dan seorang perempuan yang menaiki kereta Honda hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, ketua operasi melaksanakan ‘sizeup’ seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dan mengarahkan anggota menggunakan peralatan hidrolik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan maut.
Katanya, mangsa yang cedera ringan telah diambil alih pihak Kementerian Kesihatan manakala mangsa yang maut telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Di samping itu, ujarnya, tugas khas membersihkan sisa-sisa kemalangan di lokasi kejadian telah dilaksanakan selepas kerja-kerja penyelamatan.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (TBK) Muhamad Zani Othman tamat sepenuhnya jam 10.11 malam.
Topic Berkaitan
#Nahas
#meninggal dunia
#JBPM
#tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan