KUALA LUMPUR: Seorang warga asing maut, manakala dua lagi cedera parah dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan sekumpulan lelaki di Jalan Tun HS Lee di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pergaduhan itu pada jam 2.26 petang.
"Siasatan di tempat kejadian, kita menjumpai tiga lelaki warga asing berusia 30 hingga 40 tahun dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.
"Hasil pemeriksaan mendapati salah seorang lelaki telah meninggal dunia, manakala dua lagi lelaki cedera parah telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, susulan itu, seorang individu berusia 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Suspek akan direman pada Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Noor Dellhan berkata, pihaknya juga sedang giat mengesan dan mengenal pasti identiti suspek utama yang terlibat dalam kes tersebut.
"Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis," katanya.
Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes itu.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi l di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 19 2022
Anggota dan pegawai polis melakukan siasatan di lokasi kejadian di Jalan Tun HS Lee pada Selasa. - Foto Sinar Harian
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.
Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.
Peniaga sayur ditahan toreh leher lelaki kerana isu parkir
Seorang peniaga sayur rakyat tempatan ditahan selepas dipercayai menoreh leher seorang lelaki dalam insiden perselisihan faham di kawasan parkir Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong.
Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.
Dua suspek ditahan kes gaduh di kedai makan
Kedua-dua lelaki berusia 40 dan 38 tahun itu ditahan pada Ahad di dua lokasi berbeza.
Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai sekumpulan lelaki bergaduh.