Seorang wanita maut manakala dua lelaki hilang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak kuat ketika mandi di Pantai Kerachut, Teluk Bahang di sini hari ini.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai P.Yogambigai, 24, manakala dua lelaki yang belum ditemui ialah Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, dan Ashwanpaljit Singh Charnjit Singh, 22.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata ketiga-tiga mereka adalah antara 24 pekerja sebuah syarikat di Prai yang menyertai kem bina diri di Taman Negara Teluk Bahang.
Dalam kejadian pada pukul 4.17 petang itu, lima orang dihanyut ombak kuat tetapi dua daripada mereka yang merupakan pekerja wanita berjaya diselamatkan orang awam dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat yang dilancar petang ini melibatkan 30 anggota terdiri daripada pasukan Polis Marin Wilayah Utara, Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Operasi mencari dan menyelamat bagaimanapun terpaksa dihentikan pada pukul 7.45 malam berikutan hari gelap dan dijangka disambung pada 7.30 pagi esok bergantung kepada keadaan angin dan laut.
Sementara itu, seorang peserta kem Nazirul Waziri, 23, berkata selepas kem sehari yang bermula 9 pagi ini berakhir, mereka mengambil kesempatan untuk mandi manda di pantai itu sebelum pulang.
"Tiba-tiba seorang peserta terjun dari batu besar sebelum diikuti empat yang lain dan mereka dihanyutkan ombak kuat. Kami hanya sempat tarik tiga orang tetapi seorang telah meninggal dunia manakala dua lagi terus hilang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketua Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Aznam Ashraf berkata faktor laut bergelora sehingga ombak mencecah ketinggian 2.5 meter menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.
Beliau berkata keadaan dasar laut yang mempunyai banyak batu turut menyebabkan bot sukar mendekati kawasan sekitar pesisir pantai.
"Kami terpaksa hentikan operasi malam ini dan akan menempatkan 13 anggota sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan serta memantau kawasan pantai dari darat," katanya.
Aznam berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana bendera merah yang menandakan kawasan itu tidak selamat untuk aktiviti mandi manda telah dinaikkan.
"Keadaan ombak hari ini agak bergelora dan tidak selamat untuk aktiviti air dan bendera merah itu dapat dilihat dengan jelas dari daratan," katanya.
Bernama
Sun Jan 19 2014
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Seorang maut, dua hilang di Teluk Bahang
Seorang wanita maut manakala dua lelaki hilang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak kuat ketika mandi di Teluk Bahang.