PASIR PUTEH: Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah, dalam satu kemalangan di Jalan Kemunting, di sini, sekitar jam 9 pagi ini.

Seorang daripada dua yang parah itu merupakan kanak-kanak yang mengalami putus kaki.

Kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap mangsa, enam buah kenderaan, dua buah motosikal dan 21 buah basikal.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, PBK II Siti Nor Raihan Mohamad Harami, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler tersebut gagal mengawal kenderaan, menyebabkan ia terbalik.

Kemalangan | Treler terbalik hempap lapan kenderaan, 21 basikal


Penunggang motosikal yang maut merupakan seorang wanita berusia 30-an manakala kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun yang putus di bahagian paha dipercayai anak mangsa yang membonceng motosikalnya.

Selain enam buah kereta dan dua buah motosikal, 21 penunggang basikal dari kumpulan kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hospital USM Kubang Kerian turut terlibat dalam kemalangan itu.

Bagaimanapun, hanya seorang penunggang dilaporkan mengalami cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan.

Siasatan awal mendapati, treler berkenaan mengalami masalah brek.

Berita lanjut berhubung kejadian akan dikemas kini. 

Foto JBPM Kelantan

Foto JBPM Kelantan

Foto JBPM Kelantan