Bank Islam Malaysia Bhd mengesahkan seorang warga kerjanya di Menara Bank Islam di sini telah disahkan positif jangkitan COVID-19 dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.
Pekerja tersebut dan anggota keluarga terdekatnya telah menjalani proses kuarantin di rumah sejak 19 Mac, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Muazzam Mohamed dalam kenyataan.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, Bank Islam telah melaksanakan pensterilan menyeluruh dan pembasmian kuman di Menara Bank Islam, termasuk kemudahan bersama hari ini.
"Bank juga telah melakukan langkah-langkah pengesanan hubungan untuk mengenal pasti dan memaklumkan individu yang mempunyai hubungan langsung dengan pekerja tersebut dan menasihati mereka supaya menjalani saringan kesihatan dan kuarantin di rumah, " katanya.
Beliau berkata tiada gangguan perkhidmatan di Menara Bank Islam dan syarikat mempunyai pelan kesinambungan perniagaan yang kukuh untuk memastikan operasi tidak terjejas berikutan keadaan seperti itu.
"Semua langkah berjaga-jaga yang perlu dan kesedaran telah dilakukan secara konsisten oleh bank ini sejak jangkitan itu. Kami juga ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa premis kami bersih dan selamat susulan kerja sanitasi dan pembersihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 22 2020
Warga kerja terbabit telah disahkan positif jangkitan COVID-19 dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan. - Foto oleh Bank Islam
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Seorang pekerja Bank Islam di ibu pejabat positif ujian COVID-19
Bank Islam Malaysia Bhd mengesahkan seorang warga kerjanya di Menara Bank Islam di sini telah disahkan positif jangkitan COVID-19 dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.
Bank tempatan tawar bantuan hadapi musibah banjir
Beberapa institusi bank tempatan telah mengeluarkan kenyataan untuk menawarkan bantuan kepada pelanggan masing-masing yang terjejas oleh banjir di Kedah dan Pulau Pinang.