KUALA LUMPUR: Sepakan penalti Bergson da Silva pada masa kecederaan separuh masa kedua memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengatasi Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
Sepakan penalti diberikan pengadil Razlan Joffri Ali selepas pemain gantian pasukan pelawat Mohamadou Sumareh dijatuhkan pertahanan import KDA FC Renan Alves dalam kotak penalti tatkala satu mata hampir pasti diraih kedua-dua pasukan.
Bergson tenang menyempurnakan sepakan itu yang juga jaringan ke-10 peribadinya musim ini selepas penjaga gol Mohd Shahril Sa'ari yang bertindak cemerlang sepanjang 90 minit permainan tersalah jangkaan dalam usaha menyelamatkan sepakan tersebut.
Terdahulu, dalam aksi sengit kedua-dua pasukan, penyerang KDA FC Kpah Sherman berpeluang meledak gol pada minit ke-41, namun tandukan berpunca daripada sepakan percuma Rabith Ataya sekadar menggegar palang tatkala Mohd Farizal Marlias sudah pun tertewas.
Kemenangan tipis itu membolehkan JDT yang mengumpul 27 mata, melebarkan penguasaan di takhta liga dengan perbezaan tiga mata di hadapan Terengganu FC (TFC) yang menewaskan pasukan tercorot liga UiTM FC 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada satu lagi aksi.
Kejayaan itu menyaksikan skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain bangkit daripada kekalahan memalukan 1-4 kepada Penang FC minggu lalu sekali gus kembali merakam kemenangan untuk mencabar kejuaraan liga.
TFC memulakan aksi dengan sempurna apabila mendahului 2-0 seawal 10 minit pertama masing-masing menerusi David da Silva pada minit kelapan dan Muhammad Faisal Abdul pada minit ke-10 sebelum Rahmat Makasuf meledak gol ketiga pasukan tuan rumah pada minit ke-77.
Sementara itu, jaringan hatrik ketua pasukan Paulo Josue memastikan Kuala Lumpur (KL) City FC meleburkan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah pendatang baharu Penang FC dengan kemenangan 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras.
Hatrik import dari Brazil berusia 32 tahun itu bermula dengan sepakan percuma cantik pada minit ke-36 diikuti sepakan penalti pada minit ke-52 sebelum melengkapkan malam gemilang KL City FC menerusi rembatan deras kaki kanan pada minit ke-89.
Penang FC berusaha merapatkan kedudukan dengan gol Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-64, namun ia tidak memadai untuk menghalang KL City FC meraih tiga mata pertama dalam empat perlawanan terdahulu.
Kemenangan itu membolehkan KL City FC memintas Petaling Jaya (PJ) City FC di kedudukan keenam dengan mengumpul 16 mata sementara Penang FC jatuh ke tempat keempat dengan 22 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Kpah Sean Sherman diasak pemain JDT Ignacio Insa Bohigues pada perlawanan LIga Super pasukan Kedah bertemu JDT di Stadium Darul Aman malam ini. JDT menang 1-0 menewaskan Kedah. -BERNAMA
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.