awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepang Eco-Challenge and Outdoor Recovery Park AADK dilancar

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2023
11:42 MYT
Sepang Eco-Challenge and Outdoor Recovery Park AADK dilancar
Tuan Sutekno (tengah) hadir melancarkan i-SCORE AADK di PUSPEN Sepang, Selangor. - Foto ihsan AADK
SEPANG: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus proaktif dalam mempelbagaikan perkhidmatan kepulihan dengan memperkenalkan Sepang Eco-Challenge and Outdoor Recovery Park (i-SCORE) AADK di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang, di sini.
Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, usaha itu adalah perkhidmatan baharu AADK dengan menyediakan lokasi aktiviti outdoor kepada orang ramai dengan mengetengahkan konsep perjalanan kepulihan sepanjang hayat.
Katanya, perkara itu juga adalah salah satu inisiatif AADK untuk memberi manfaat kepada klien yang sedang menjalani program rawatan dan pemulihan dalam institusi (RPDI) atau komuniti (RPDK).
i-SCORE AADK adalah salah satu inisiatif AADK untuk memberi manfaat kepada klien yang sedang menjalani program RPDI atau RPDK.
i-SCORE AADK adalah salah satu inisiatif AADK untuk memberi manfaat kepada klien yang sedang menjalani program RPDI atau RPDK.
“Akhirnya kita berjaya mewujudkan satu lagi perkhidmatan baharu yang mempunyai kelainan daripada biasa yang bersifat sukan tetapi mempunyai elemen kepulihan penagihan dadah.
“Usaha ini dilihat amat baik kerana kita mempelbagaikan aktiviti dan program kepulihan bukan sahaja kepada klien tetapi kepada keluarga yang datang melawat di PUSPEN ini,” katanya ketika berucap merasmikan i-SCORE AADK di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Pengarah Pencegahan AADK, Tuan Zainudin Abdullah; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Azmi Mustafa dan Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan.
Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, falsafah utama penghasilan produk dalam bentuk perkhidmatan ini bertujuan meneroka potensi kaedah rawatan dan pemulihan yang bersifat kontemporari sesuai dengan minat dan kecenderungan kumpulan sasar.
i-SCORE AADK adalah pendekatan adventure recovery dalam rawatan dan pemulihan dadah telah diperkenalkan di kebanyakan negara.
i-SCORE AADK adalah pendekatan adventure recovery dalam rawatan dan pemulihan dadah telah diperkenalkan di kebanyakan negara.
“Pendekatan adventure recovery dalam rawatan dan pemulihan dadah telah diperkenalkan di kebanyakan negara.
“Pendekatan ini memfokuskan kepada aspek pembangunan semula keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, keterampilan diri, kemahiran menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan cabaran serta mempromosi cara hidup yang sihat,” katanya.
Tambahnya lagi, antara aktiviti yang boleh diadakan di i-SCORE AADK seperti permainan sukan lasak All Terrain Vehicle (ATV), berkhemah, berbasikal dan aktiviti permotoran motocross.
Topic Berkaitan
#AADK
#Sepang Eco-Challenge
#Outdoor Recovery Park
#i-SCORE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan