awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran beri amaran akan bertindak balas jika Amerika lancar serangan ketika protes terus memuncak
Kebakaran hutan musnahkan lebih 100,000 hektar, penduduk di wilayah Western Cape, Afrika Selatan dipindahkan
Polis bantuan maut selepas pulang ziarah ibu tiri meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

Bernama
Bernama
19/08/2019
07:35 MYT
Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda
Statistik SPRM menunjukkan sebanyak 46.3 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan dari 2014 hingga Jun tahun ini, adalah kakitangan awam - Latheefa Koya
Separuh daripada kes rasuah yang membabitkan penjawat awam di negara ini terdiri daripada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata kebanyakan mereka daripada sektor perolehan.
"Statistik SPRM menunjukkan sebanyak 46.3 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan dari 2014 hingga Jun tahun ini, adalah kakitangan awam.
"Manakala 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan SPRM bagi tempoh sama adalah golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah," katanya ketika berucap pada majlis melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) barisan Exco Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
BACA: Hampir suku responden penjawat awam sanggup terima rasuah jika ada kuasa dalam jawatan
Beliau berkata kajian yang dijalankan SPRM juga mendapati sebanyak 22.1 peratus responden penjawat awam mengakui sanggup menerima rasuah jika mempunyai kuasa atau kedudukan.
Katanya, perkara itu mesti diperbetulkan agar kesalahan rasuah dalam kalangan penjawat awam dapat dihapuskan sama sekali.
"Perkara ini perlu segera diperbetulkan. Ia menuntut komitmen semua pihak untuk bersama-sama dengan SPRM memerangi perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#kerajaan
#Koya
#Latheefa Koya
#Malaysia
#muda
#penjawat awam
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan