KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih ditahan dalam satu operasi pembanterasan kegiatan penstriman haram di tiga lokasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 14 Mac lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kedua-dua yang ditahan itu berumur 53 dan 57 tahun, dipercayai berperanan sebagai dalang utama sindiket itu.
Beliau berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah unit kediaman di Sungai Long, Kajang yang disyaki beroperasi sebagai pusat kawalan bagi mengawasi masa henti dan masa hidup server.
"Sementara lokasi kedua di Jalan Kovil Hilir, Sentul dan ketiga di Taman Genting, Setapak disyaki beroperasi sebagai server penstriman haram yang membekalkan kandungan penyiaran Astro dan stesen-stesen penyiaran antarabangsa yang lain kepada pengguna aplikasi sindiket terbabit," katanya pada sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.
Dalam operasi itu, polis turut merampas peralatan penstriman Astro dan siaran antarabangsa, peranti server, pengekod video dan beberapa piring satelit dianggarkan bernilai RM100,000.
Kes disiasat mengikut Seskyen 43AA(1) Akta Hakcipta 1987 dan beliau menasihatkan masyarakat agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penstriman haram.
Dalam kes berasingan, Ramli mengesahkan terdapat sindiket menggunakan kemudahan e-Reporting yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tujuan penipuan sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kerugian.
"Modus operandi penipuan e-Reporting ini dikesan mula berlaku sekitar pertengahan tahun 2023. Terkini, sindiket ini mula membuat panggilan video untuk meyakinkan dan seterusnya memperdaya mangsa untuk membuat bayaran atau pindahan wang.
"Seperti taktik yang digunakan dalam penipuan telefon, mangsa akan menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai daripada syarikat kurier dan pemanggil akan mewujudkan satu situasi yang menjadikan mangsa panik serta menurut semua arahan yang diberikan," katanya.
Seterusnya, Ramli berkata panggilan akan disambungkan kepada pihak 'polis' secara panggilan video dan menerusi panggilan itu mangsa akan diyakinkan untuk membuat laporan polis secara dalam talian (e-Reporting) dan berinteraksi dengan pegawai polis palsu berlatar belakang seolah-olah di balai polis.
"Sepanjang tahun 2023, sejumlah 34 laporan polis telah diterima berkaitan modus operandi ini melibatkan nilai kerugian RM1,011,110 manakala bagi tahun ini sehingga 14 Mac, sejumlah 14 laporan polis telah diterima melibatkan nilai kerugian RM960,500," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan komputer riba yang dirampas selepas sidang media di Menara KPJ Kuala Lumpur hari ini. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun kerana dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya pada Sabtu.
Polis siasat penyanyi dakwa dirakam penguat kuasa PBT ketika sedang diurut
Polis menjalankan siasatan berhubung seorang penyanyi rap yang mendakwa dirinya dirakam ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lalu.
Polis tahan pengurus restoran, guna peralatan hidangan papar gambar pemimpin Komunis
Polis telah menyerbu restoran tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pengurus restoran terbabit.
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.