awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepuluh Exco Pahang angkat sumpah

Bernama
Bernama
16/05/2013
08:48 MYT
Sepuluh Exco Pahang angkat sumpah
Sepuluh anggota Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan.
Lima daripada mereka ialah muka baharu dan seorang bekas Exco tahun 2004, Datuk Shahiruddin Ab Moin, yang dilantik semula.
Majlis angkat sumpah diadakan bermula pukul 11 pagi di Istana Abu Bakar, Pekan di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, seminggu selepas Datuk Seri Adnan Yaakob, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang untuk penggal ke-4 pada 9 Mei.
Muka baharu Exco negeri ialah Datuk Abu Bakar Harun (Adun Chini), Datuk Mohd Johari Hussain (Tioman), Norul Azali Sulaiman (Guai), Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul) dan Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau).
Empat muka lama yang dilantik semula ialah Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (Lanchang), Datuk Ir Mohd Soffi Abd Razak (Benta), Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai) dan Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura).
Tiada Adun deari kalangan MCA yang dilantik. Pada pilihan raya umum ke-13, MCA hanya menang dua daripada lapan kerusi yang ditandingi mereka iaitu Datuk Lau Lee (Damak) dan Datuk Fong Koong Fuee (Cheka). MCA telah menyatakan tidak akan menerima pelantikan jawatan ekoran prestasi buruk parti itu pada PRU13.
Pada 2008, Fong menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang.
Majlis angkat sumpah itu turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan menteri besar.
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#exco pahang
#Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan