Serahkan kepada Kabinet untuk menentukan agensi mana yang lebih efektif dan efisyen untuk memikul tanggungjawab mengendalikan urusan kawal selia umrah selepas ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau percaya kerajaan sudah tentu akan melihat semua aspek sebelum menentukan sesuatu dasar bagi menjamin kesejahteraan serta kebajikan rakyat, terutama urusan berkaitan ibadah umat Islam.
"Hakikatnya pelbagai bentuk penipuan dikesan melibatkan syarikat swasta yang selama ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang mengambil kesempatan atas kesungguhan umat Islam untuk mengerjakan ibadah umrah.
"Hal ini turut mendesak kerajaan untuk mengawal selia secara berkesan pakej-pakej umrah sebagaimana haji," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas cadangan agar Tabung Haji (TH) menggalas tanggungjawab mengendalikan urusan umrah susulan pembatalan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi urusan visa umrah yang diumumkan Sabtu lalu.
Asyraf Wajdi berkata sebarang cadangan untuk meluaskan bidang kuasa TH perlu memerlukan pindaan kepada aspek undang-undang berkaitan.
"Sememangnya ramai yang keliru selama ini seolah-olah urusan umrah juga di bawah tanggungjawab TH memandangkan kecemerlangan TH dalam menguruskan hal ehwal haji di Tanah Suci.
"Jadi tidak hairanlah jika ramai yang berpandangan agar TH yang sinonim dengan nama Makkah dan Madinah juga diberi tanggungjawab menguruskan atau mengawal selia urusan umrah," katanya.
Media hari ini melaporkan TH akan meneliti cadangan yang mahu institusi itu memikul tanggungjawab mengendalikan urusan umrah.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah dilaporkan berkata kajian mendalam perlu dibuat daripada pelbagai aspek kerana pengurusan umrah berbeza daripada haji. -- Bernama
BACA: TH teliti cadangan kendali pengurusan umrah
BACA: Tidak bijak tukar pengurusan pakej umrah di bawah TH - MATTA
BACA: Cukuplah TH monopoli haji, tidak perlu campur urusan umrah - PAPUH
Bernama
Thu Dec 21 2017
Asyraf Wajdi berkata sebarang cadangan untuk meluaskan bidang kuasa TH perlu memerlukan pindaan kepada aspek undang-undang berkaitan. - BERNAMA/Fail
Pelepasan petugas TH musim 1445h/2024 masihi
Dua kakitangan Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke tanah suci pada petang ini.
Ubah stigma penjawat awam tidak cekap - Pakar
Pakar dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK, Prof Dr Roselina Ahmad Saufi berpendapat ia sebenarnya sebuah nasihat untuk penjawat awam berubah untuk meningkatkan produktiviti.
Ia bagi menghapuskan stigma masyarakat tentang perkhidmatan awam yang dilihat tidak cekap melaksanakan tugas.
Ia bagi menghapuskan stigma masyarakat tentang perkhidmatan awam yang dilihat tidak cekap melaksanakan tugas.
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
Penjawat awam tidak boleh selesa, perlu penilaian berkala
Penjawat awam tidak boleh terlalu selesa dengan prestasi sedia ada, kerana kenaikan gaji juga bermakna perlu menambah baik perkhidmatan sedia ada untuk rakyat.
Pakar dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK, Prof Dr Roselina Ahmad Saufi berpendapat antara yang boleh dilakukan ialah penilaian berkala prestasi kerja perlu dilakukan.
Pakar dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK, Prof Dr Roselina Ahmad Saufi berpendapat antara yang boleh dilakukan ialah penilaian berkala prestasi kerja perlu dilakukan.
Pantau Belanjawan: Penjawat Awam: Antara gaji, produktiviti & kemampuan
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam. Bagaimana langkah ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja serta mendorong produktiviti perkhidmatan awam negara selepas ini? Kupasan bersama Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Google bayar Apple hingga AS$20 bilion pada 2022, kekal enjin carian utama Safari
Google sedia bekerjasama dengan Apple untuk menjadi enjin carian utama dan pembayaran dilihat meningkat dari tahun ke tahun.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
Tak perlu bukan Islam dalam jawatankuasa khas kaji bidang kuasa Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menegaskan tiada keperluan untuk pakar bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.