MALAYSIA
Seramai 10,049 calon akan duduki peperiksaan SPM Ulangan pada 15 -17 Julai

Calon dinasihatkan merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seramai 10,049 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2025 pada 15 hingga 17 Julai ini di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Ringkasan AI
- Peperiksaan SPMU 2025 berlangsung 1517 Julai: Seramai 10,049 calon akan menduduki ujian melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik di 186 pusat peperiksaan seluruh negara.
- KPM lantik lebih 2,600 petugas peperiksaan: Seramai 1,454 petugas akan kendalikan ujian bertulis dan mendengar, manakala 1,202 lagi ditugaskan untuk ujian bertutur Bahasa Melayu.
- Calon perlu patuhi SOP dan semak jadual rasmi: Calon diingatkan bawa dokumen pengenalan dan pernyataan pendaftaran, serta rujuk jadual waktu di portal Lembaga Peperiksaan dan SPPAT.
Calon dinasihatkan merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat berkaitan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi.
"Calon turut diingatkan membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan," menurut kenyataan itu.
Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun daripada Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian di pautan sppat.moe.gov.my.
"Calon hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pengendalian peperiksaan SPMU 2025.
"KPM mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami