awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 11.8 juta rakyat Malaysia telah dibanci - Ketua Perangkawan

Bernama
Bernama
16/03/2021
16:18 MYT
Seramai 11.8 juta rakyat Malaysia telah dibanci - Ketua Perangkawan
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Banci 2020 kini dijalankan serentak secara dalam talian atau e-Census dan bersemuka di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 11.8 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia iaitu 36.1 peratus telah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat hari ini.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Banci 2020 kini dijalankan serentak secara dalam talian atau e-Census dan bersemuka di seluruh negara.
"Orang ramai boleh memanfaatkan kedua-dua kaedah ini sekarang. Bancian secara bersemuka telah dimulakan pada awal bulan Mac dan akan dijalankan sehingga akhir bulan Jun ini," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Banci Dalam Talian Atau Bersemuka, Anda Tentukan' di sini malam ini.
Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan negeri yang merekodkan bancian tertinggi iaitu 96.5 peratus diikuti Johor (53.7 peratus), Perak (51.5), Perlis (49.8) dan Melaka (44.4).
"Negeri lain ialah Kelantan (43.9 peratus), Pulau Pinang (42.6), Negeri Sembilan (42), Terengganu (41.8), Selangor (34.6), Kedah (33.5) dan Kuala Lumpur (32.8)," katanya.
Mohd Uzir, yang juga Pesuruhjaya Banci 2020, mendedahkan empat negeri yang mencatat bancian terendah susulan kekangan pada peringkat awal ialah Sabah (14.6 peratus), Labuan (20.5), Sarawak (22) dan Pahang (26.6).
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan semua negeri akan mencapai 100 peratus rekod bancian yang dijalankan setiap 10 tahun itu pada Jun ini.
Seramai 6,500 pembanci yang berpengalaman dan berkemahiran telah digerakkan ke seluruh negara bagi melaksanakan Banci 2020 secara bersemuka.
Setiap pembanci dibekalkan Kad Pengenalan Diri Pembanci dan akan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banci 2020
#operasi
#rakyat Malaysia
#rakyat
#Malaysia
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan