NEW YORK: Mengenang 21 tahun tragedi 9/11, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberi penghormatan kepada warga Amerika Syarikat yang terkorban dan bertarung nyawa pada detik hitam negara Uncle Sam itu.

Dalam satu upacara pada Ahad, Biden menyatakan bahawa walaupun Amerika Syarikat telah meninggalkan Afghanistan, petadbirannya akan terus memburu mereka yang mendalangi serangan berkenaan.

Presiden Amerika Syarikat itu menarik perhatian bagaimana Washington mengetuai usaha perang menentang keganasan dengan menjejaki Al-Qaeda, memburu pemimpin utama dalam pergerakan itu sehingga membawa kepada kematian Osama bin Laden dan Zawahri.

"Ia mengambil masa 10 untuk memburu dan membunuh Osama bin Laden, tetapi kami melakukan pada musim panas ini, membenarkan serangan terhadap Zawahri, timbalan kepada Osama pada 9/11, yang merupakan pemimpin Al-qaeda.

"Kerana kami tidak akan berehat. Kami tidak akan pernah lupa. Kami tidak akan berputus asa. Dan kini Zawahri tidak boleh lagi mengancam rakyat Amerika Syarikat. Komitmen kami untuk mencegah serangan lain ke atas Amerika Syarikat adalah tanpa penghujung," katanya.

Biden disertai oleh ahli keluarga mangsa yang terkorban, responden pertama yang berada di Pentagon pada hari serangan, serta kepimpinan Jabatan Pertahanan untuk penghormatan tahunan yang dijalankan di New York, Pentagon dan Somerset County, Pennsylvania.

Dalam menamatkan perang Afghanistan, Biden mengikuti ikrar kempen untuk membawa pulang tentera AS dari konflik terpanjang di negara itu.