awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat

Bernama
Bernama
20/05/2024
11:36 MYT
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi. - Foto hiasan
NARATHIWAT: Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Ketua Polis Region 9, Mej. Jen. Pol. Piyawat Chalermsi berkata kejadian letupan bom pertama telah berlaku pada 7.20 pagi tadi, di mana anggota sukarelawan pertahanan yang bertugas mengawal keselamatan jalan-jalan di Jok Irong telah menjadi sasaran.
"Enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam kejadian pertama dan mereka telah dibawa ke Hospital Jok Irong untuk menerima rawatan kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis di tempat kejadian, polis telah menemui serpihan bom yang di pasang dalam tong gas di tepi jalan.
Manakala dalam kejadian letupan kedua, Piyawat berkata bom yang di pasang di tepi jalan Kampung Air Jambu Daerah Sukhirin meletup pada pukul 8.10 pagi tadi dan menyebabkan tujuh anggota sukarelawan pertahanan cedera.
"Tujuh anggota yang cedera telah dihantar ke Hospital Sukhirin untuk menerima rawatan manakala seorang anggota sukarelawan pertahanan yang berusia 41 tahun telah meninggal dunia pada tengah hari tadi di hospital," katanya.
Piyawat berkata seorang anggota polis daripada unit pemusnah bom yang sedang membuat siasatan kes itu turut cedera parah selepas terpijak bom yang ditanam di tepi jalan di Sukhirin.
"Anggota yang cedera parah di bahagian kaki, terpaksa dipindah dari Hospital Sukhirin ke Hospital Songkhla Nakharin di Hatyai dengan menggunakan helikopter untuk menerima rawatan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini masih belum ada mana-mana kumpulan yang mengakui bertanggungjawab melakukan serangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan bom
#Narathiwat
#Thailand
#Jok Irong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan