awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand

Bernama
Bernama
22/03/2024
15:45 MYT
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Pemangku Ketua Polis Negara Pol Jen Kittarat Panphet (dua, kiri) diberi taklimat oleh Pesuruhjaya Polis Wilayah 9 Pol Mej Jen Piyawat Chalermsri mengenai serangan arson di Yala hari ini. - Bernama
PATTANI: Pattani, Yala dan Narathiwat menjadi sasaran satu gelombang serangan bakar jahat dan bom awal pagi tadi.
Komander Wilayah Tentera Darat Keempat, Lt Jen Santi Sakuntanark berkata siasatan mendapati beberapa kumpulan individu melakukan serangan bakar jahat yang diselaraskan di pelbagai lokasi di tiga wilayah menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven, kedai-kedai, menara sel, kamera litar tertutup (CCTV) dan kenderaan.
"Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pagi Jumaat.
Siasatan mendapati bakar jahat itu adalah bagi menimbulkan huru-hara di wilayah selatan dalam Ramadan," katanya kepada wartawan.
Beliau berkata pihak berkuasa sedang meneliti rakaman CCTV untuk memburu suspek.
"Pihak berkuasa telah mengadakan tempat pemeriksaan di tiga wilayah itu untuk memburu suspek dan bagi mengelak kejadian sama daripada berulang," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Mayo Kol Polis Somsak Tanchareun berkata satu letupan bom dilaporkan berlaku di sebuah stesen minyak yang sedang dalam pembinaan dan seorang wanita warga Myanmar maut.
"Sejumlah 16 serangan bakar jahat dilaporkan di Pattani," katanya.
Di Yala, Ketua Polis Mej Jen Polis Seksan Churungsarit berkata sejumlah 11 serangan dilaporkan di wilayah itu.
Antaranya ialah kedai perabot dan elektrik di Bannang Sata, bersama sebatang tiang telefon dan elektrik di Daerah Yaha, dibakar.
"Tayar kereta juga dibakar," katanya.
Di Narathiwat , lima serangan bakar jahat dilaporkan menyasarkan forklift, "road grader", kilang papan dan CCTV.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selatan thailand
#serangan bakar
#Pattani
#bom
#yala
#Narathiwat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan