awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Christchurch paparkan perilaku sesetengah pihak dengan Islamophobia

Bernama
Bernama
19/03/2019
21:23 MYT
Serangan Christchurch paparkan perilaku sesetengah pihak dengan Islamophobia
NIK OMAR: Kekerasan akan memunculkan kekerasan yang baru serta menumbuhsuburkan tradisi dendam kesumat. - Gambar fail
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyokong penuh keputusan Dewan Rakyat pada Isnin yang sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk serangan berdarah di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas yang mengorbankan lebih 50 nyawa.
Yang Dipertuanya Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, tragedi itu adalah satu tindakan ganas yang boleh dianggap sebagai jenayah kemanusiaan yang wajib dikecam oleh masyarakat antarabangsa.
Tindakan menceroboh privasi orang Islam yang mempraktikkan kepercayaan beragama menggambarkan betapa terkaitnya sikap dan perilaku sesetengah pihak dengan provokasi Islamophobia.
Segala jenis tindakan radikalisme sangat bertentangan dengan nilai-nilai universal yang diakui oleh semua agama dan konsep hak asasi manusia yang diakui oleh semua negara di dunia, katanya dalam kenyataan, di sini pada Selasa.
"Tembakan rambang ke atas umat Islam yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Jumaat itu adalah suatu tindakan yang lahir dari sikap terburuk terhadap kebebasan agama yang dijamin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga kerajaan New Zealand," katanya.
Nik Omar berkata syariat Islam pada dasarnya melindungi dan menghargai manusia sebagai individu yang bermartabat dan semua tindakan yang melawan kebebasan dan martabat manusia adalah bertentangan dengan syariat Islam.
"Kekerasan akan memunculkan kekerasan yang baru serta menumbuhsuburkan tradisi dendam kesumat," katanya.
Serangan pengganas di Masjid Al Noor Mosque dan Masjid Linwood di Christchurch itu turut mencederakan lebih 20 orang termasuk tiga rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Dewan Rakyat
#Islam
#Islamophobia
#jenayah kemanusiaan
#Malaysia
#masjid
#mengutuk
#New Zealand
#Nik Omar Nik Abdul Aziz
#pengganas
#Putrajaya
#rakyat Malaysia
#serangan pengganas
#Tragedi Solat Jumaat
#usul tergempar
#YADIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan