LIPIS: "Ketika kami bertiga sedang merayau-rayau di dalam hutan mencari petai, tiba-tiba seekor gajah muncul di hadapan dan menyerang kami.
Demikian kata Borhan Yok Manin, 24, abang kepada Andy Yok Manin, 15, yang maut dalam serangan gajah liar di kawasan hutan di Kampung Tual, Pos Sinderut, di sini, tengah hari semalam.
Borhan berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama Andy dan seorang lagi rakan dikenali sebagai Apin keluar dari rumah sekitar jam 8 pagi untuk mencari petai di dalam hutan.
"Selepas lima jam berjalan, kami dikejutkan dengan bunyi bising dari arah semak sebelum seekor gajah liar muncul secara tiba-tiba.
"Kami semua bertempiaran lari mencari tempat bersembunyi.
"Ketika itu saya sempat melihat Andy terjatuh dan gajah tersebut terus menyerang adik saya," katanya ketika ditemui di Rumah Rehat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), di sini, hari ini.
Borhan berkata, dia lari ke arah sebuah bukit, manakala rakannya memanjat pokok untuk menyelamatkan diri.
"Kawan saya (Apin) lihat sendiri gajah tersebut menendang adik saya seperti bola. Haiwan itu kemudiannya menutup tubuh Andy dengan daun-daun kering.
"Hampir sejam gajah liar itu duduk dekat mayat Andy sebelum ia berlalu pergi secara perlahan-lahan," ujarnya.
Tambahnya lagi, selepas gajah tersebut berlalu, dia bersama Apin membawa mayat adiknya pulang ke rumah.
Sementara itu, ibu mangsa, Normah Yok Isa, 48, berkata, ketika kejadian dia bersama suami ke kebun untuk mencari durian sebelum dikejutkan dengan berita yang menimpa anak kelimanya.
"Sebaik diberitahu oleh orang kampung, saya bersama suami bergegas pulang ke rumah dan terkejut melihat tubuh Andy yang berlumuran darah.
"Biar pun sedih dan tidak menyangka kejadian malang seperti ini berlaku, tapi saya dan keluarga reda," katanya.
Dalam kejadian tengah hari semalam, seorang remaja Orang Asli maut diserang seekor gajah liar di Kampung Tual, Pos Sinderut.
Ketua Polis Daerah Lipis , Superitendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 4.30 petang mengenai kematian seorang remaja di kampung tersebut kerana diserang gajah liar.
Norfarhiza Mohd Atar
Tue Jan 10 2023

Borhan Yok Manin (kiri) bersama rakannya Apin ketika menanti proses bedah siasat ke atas mayat Andy di Unit Forensik Hospital Lipis, pada Selasa. -Astro AWANI

Perlu sedar duit Tabung Haji, duit pendeposit - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) memegang amanah 8.8 pendeposit untuk menguruskan RM88 bilion dana yang ada. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar sejumlah kos besar disalurkan hanya kepada lebih 30,000 jemaah haji dan mengabaikan aspek agihan keuntungan yang wajar kepada pendeposit lain.

Misi kemanusiaan di Turkiye dan Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan. Tumpuan misi kemanusiaan di kawasan terjejas kini tertumpu kepada kesihatan primer, makanan ruji dan tempat berteduh yang lebih kekal.

Layanan dan perkhidmatan sama jemaah B40, M40, T20 - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata semua jemaah haji yang melaksanakan ibadah itu dibawah pakej muassasah akan diberi layanan dan perkhidmatan yang sama. Meskipun terdapat perbezaan jumlah bayaran bagi kelas pendapatan yang berbeza, itu hanyalah kerana perbezaan kemampuan setiap jemaah.

Satu formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata formula baharu mengenai bayaran haji yang ditanggung oleh jemaah haji diperlukan untuk memastikan kelestarian kewangan Tabung Haji secara menyeluruh.

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

Kerajaan Perancis: Terselamat daripada undi tidak percaya
Kerajaan Perancis terselamat daripada undi tidak percaya selepas meneruskan rancangan naikkan umur pencen di negara itu.

AWANI Pagi: Peranan MTDC sebagai pemangkin perniagaan teknologi
Ikuti diskusi #AWANIPagi bersama CEO Doluvo, Rose Yasmin Abdul Karim dan CEO Cell Tissue Technologies, Dr Khairul Idzwan Baharim untuk mengetahui bagaimana MTDC membangunkan teknologi baharu?

Lulus dana penyelamatan AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka
IMF luluskan dana AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka untuk selamatkan negara itu daripada krisis kewangan terburuk.

Gesa Israel tarik balik kenyataan menteri Israel terhadap Palestin
Ketua Dasar EU, Josep Borell gesa Israel tarik balik kenyataan seorang Menteri Israel terhadap Palestin.

IMF lulus dana penyelamatan AS$3 bilion kepada Sri Lanka
Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata, Sri Lanka juga perlu melakukan pelbagai pembaharuan.

Sultan Johor kecewa segelintir Orang Asli ceroboh hutan simpan
Sultan Johor menzahirkan kekecewaan berikutan ada segelintir Orang Asli menceroboh kawasan hutan simpan kerajaan untuk dijadikan ladang getah dan sawit besar-besaran.

Pemeliharaan alam sekitar: Kerajaan akan tingkat penglibatan Orang Asli - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan meningkatkan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.

Mayat lelaki Orang Asli lemas ketika menjala ditemukan pagi tadi
Mayat lelaki Orang Asli yang dipercayai lemas ketika menjala ikan petang semalam, ditemukan dalam bekas tapak lombong di Jalan Solok Menggong, Machap Baru pada 9.17 pagi tadi.

Kerajaan koordinasi bantuan kepada Orang Asli terjejas banjir
Ketua Pengarah JAKOA akan diminta untuk ke kawasan masyarakat Orang Asli yang terjejas bencana banjir untuk membuat penilaian.

Penduduk Orang Asli serah memorandum, dakwa akan diusir keluar kampung
Seramai 163 penduduk Orang Asli Kampung Sungai Sinju, Simpang Pulai mendakwa bakal kehilangan tempat tinggal selepas menerima notis pengusiran, bulan lalu.

Dua wanita Orang Asli dibantu Medevac dapatkan rawatan di hospital
Dua pesakit selamat tiba di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 11 pagi sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans.

Agong zahir hasrat Kampung Orang Asli Kuala Boh jadi kampung contoh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat agar Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Boh di Cameron Highlands, menjadi kampung contoh kepada KOA lain.

Bomba hantar makanan kepada Orang Asli terperangkap banjir di Rompin
JBPM menggunakan helikopter bagi penghantaran bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli yang terperangkap akibat banjir, di tiga kampung di Rompin, pada Sabtu.

Perak serah Geran Penerbitan bernilai RM230,000
Inisiatif itu digerakkan dengan kerjasama strategik Pemikir Darul Ridzuan, pemain industri serta pakar pelbagai bidang daripada IPT.

Ahmad Zahid setuju lantik Senator dalam kalangan pemimpin belia Orang Asli
Ahmad Zahid turut mengumumkan kelulusan dana RM200,000 daripada peruntukan timbalan perdana menteri bagi pembangunan MBOAM.