awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Serangan keji" ke atas al-Quran, Turkiye panggil Duta Belanda

Bernama
Bernama
24/01/2023
12:10 MYT
"Serangan keji" ke atas al-Quran, Turkiye panggil Duta Belanda
Turkiye pada Selasa memanggil Duta Belanda ke Ankara, Joep Wijnands berikutan "serangan keji" terhadap al-Quran di The Hague. - Gambar BERNAMA
ANKARA: Turkiye pada Selasa memanggil Duta Belanda ke Ankara, Joep Wijnands berikutan "serangan keji" terhadap al-Quran di The Hague.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji seorang anti-Islam di The Hague, Belanda pada 22 Januari yang menyasarkan kitab suci al-Quran," menurut kenyataan Kementerian Luar Turkiye, lapor Agensi Anadolu.
"Sebelum ini perbuatan keji itu berlaku di Sweden, kali ini berlaku di Belanda, perbuatan yang menghina nilai suci kita dan mempunyai unsur kebencian, jelas menunjukkan bahawa Islamofobia, diskriminasi dan xenofobia yang tidak mengenal sempadan di Eropah," menurut kementerian itu.
Perbuatan itu secara langsung menyasarkan hak asasi dan kebebasan, nilai moral dan toleransi sosial bukan sahaja umat Islam malah seluruh umat manusia dan boleh membawa kemudaratan terhadap budaya serta amalan menjalani kehidupan bersama secara aman.
"Kami berharap pihak berkuasa Belanda mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku kejadian itu dan melaksanakan langkah konkrit untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turkiye
#serangan keji
#Al-Quran
#Duta Belanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan