Kecekapan kerajaan khususnya tindakan tangkas Kementerian Luar dalam menguruskan isu Christchurch memberikan ketenangan kepada kaum keluarga yang terlibat di Malaysia.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan ucapan terima kasih juga harus diberi kepada masyarakat yang mendoakan agar mereka yang berada di Christchurch cepat pulih daripada trauma dan fobia susulan insiden tersebut.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia tidak dapat menyembunyikan kesedihan lebih-lebih lagi mereka yang terkorban adalah mereka yang tidak mempunyai rasa kebencian kepada mana-mana bangsa.
"Ada di kalangan mangsa, berada di New Zealand, mencari tapak dan kehidupan baharu, untuk hidup dan mencari keredaan Allah tanpa menganggu-gugat kehidupan orang lain.
"Nyawa anak kecil seperti Abdullah Dirie (4 tahun), Mucad Ibrahim (3 tahun), Sayyad Milne (14 tahun), Musa Patel dan hampir 47 orang yang lain diragut secara kejam oleh seorang pelampau yang ganas.
"Lebih menyakitkan, pelampau ganas ini merakam tindakannya seperti mahu menceritakan tragedi kejam ini sebagai sebuah naskhah kejayaan," katanya semasa menyokong usul mengutuk serangan Christchurch di sidang Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Jelasnya, tragedi itu adalah sesuatu yang terlalu menyedihkan, merentap dan meluluhkan hati.
Tegasnya, mana-mana pihak yang menjadi penyokong senyap suspek utama kejadian, Brenton Tarrant disifatkan tiada tempat di dunia ini.
Reezal Merican turut menyamakan golongan itu sebagai gemar mencetuskan kekacauan di atas nama perjuangan yang rosak dan bersikap keji.
Pada Sabtu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan undang-undang senjata api negara itu akan dipinda susulan serangan pengganas di masjid Christchurch.
Dalam satu sidang media di Wellington, Ardern berkata satu mesyuarat kabinet khas akan diadakan pada Isnin bagi membincangkan polisi kerajaan negara itu dan isu pengganas serta keselamatan orang awam.
Wan Syamsul Amly
Mon Mar 18 2019

Reezal Merican menyamakan golongan itu sebagai gemar mencetuskan kekacauan di atas nama perjuangan yang rosak dan bersikap keji. -Gambar fail

Pak Ungku usaha bawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar negara - Muhyiddin
Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz merupakan intelektual awam yang tidak mementingkan diri dan membawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar kepada negara.

COVID-19: KKM putuskan beri peranan pengamal perubatan swasta agih vaksin
Protect Health Corp Sdn Bhd dilantik sebagai pelaksana pengamal perubatan swasta dalam program pelalian itu.

DAP ulangi pendirian, kerjasama dengan U untuk tangani isu rakyat - Guan Eng
Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tiada sebarang kerjasama politik dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang ini.

MIC bangkit menjadi 'kingmaker' dalam PRU15
Hubungan antara UMNO dan Bersatu semakin renggang kerana parti itu mendakwa kononya Bersatu membelakangkan kepentingan UMNO dalam kerajaan PN.

Malaysia muktamad terima 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, manfaat separuh daripada populasi negara
32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech iaitu tambahan tujuh juta dos lagi mampu menampung 50 peratus daripada populasi penduduk di negara.

Toreh muka adik ipar dengan pisau pemotong daging, penganggur dipenjara tujuh tahun
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Mohd Safwan Samsuddin, 31, menggunakan pisau pemotong daging.

Tiada kaedah guna BMI terhadap penerima vaksin yang obesiti
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan KKM masih guna MySejahtera dan bersemuka. Jelasnya, mereka yang telah mendapatkan rawatan obesiti perlu sekali lagi memuat naik borang permohonan lebih awal supaya pihak fasilitator peringkat tiga boleh nasihat mereka sama ada layak atau tidak

COVID-19 | Kerajaan negeri Melaka sedia benarkan operasi Bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Melaka sedia benarkan operasi bazar Ramadan di negeri itu pada bulan puasa kali ini.

Judi Atas Talian | Guna pangsapuri mewah sebagai pusat jenayah
Polis memberkas 44 warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian atas talian dan penipuan pelaburan. Mereka ditahan di sebuah pangsapuri mewah di ibu negara, yang dipercayai digunakan sebagai pusat panggilan untuk menarik pelanggan baharu dari China dan Taiwan.

Cetak rompak: Kenakan hukuman paling maksimum - Freddie Fernandez
Freddie Fernandez menggesa pihak berkuasa agar meletakkan fokus kepada hukuman yang diterima pesalah.

Serangan masjid Christchurch: Kecekapan kerajaan beri ketenangan - Reezal
Reezal turut menyamakan golongan itu sebagai gemar mencetuskan kekacauan di atas nama perjuangan yang rosak dan bersikap keji.