Pakatan Harapan (PH) tidak sekali-kali akan menggunakan strategi 'serangan peribadi' dalam kempen, hanya kerana mahu memenangi hati rakyat dan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu.
Meskipun menjadi mangsa 'serangan peribadi' oleh pembangkang, calon PH, Karmaine Sardini, 66, bertekad tidak akan berbuat demikian, sebaliknya memastikan kempen beliau menjanjikan satu 'pertandingan yang sihat'.
Tidak sampai dua jam selepas diumumkan menjadi calon PH, Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai itu bukan sahaja diperli sebagai 'calon tua', malah Diploma Lanjutan dalam Senibina yang diterima beliau dari Institut Teknologi Mara pada tahun 80-an turut dituduh palsu.
"Bila diserang mengenai kelulusan saya, banyak kawan yang membela saya, termasuk bekas bos saya sendiri. Yang perlu buktikan bukan saya tetapi orang yang menuduh itu.
"Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Roslin Husin sendiri turut keluarkan kenyataan dan mengesahkan saya pernah bekerja di bawahnya sebagai arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pada ketika itu dia Ketua Pengarah. Jadi bila isu ini terjawab, dah tak keluar lagi (dakwaan sebegitu)," kata beliau dalam satu temuramah bersama Bernama, di sini.
Bagi beliau, seorang ahli politik kena bersifat terbuka dan matang, serta tidak cepat melatah dengan sebarang 'serangan peribadi'.
Yang paling penting, beliau sendiri tidak akan menggunakan strategi yang sama untuk melawan lawannya.
"Saya tak pernah selidik (latar belakang) mereka (calon-calon lain)," katanya.
Ditanya mengenai strategi PH untuk menawan 17 daripada 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang gagal ditawan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), Karmaine berkata penting untuk berjumpa dengan semua pengundi bagi menjelaskan PH adalah parti yang memerintah.
"Usaha kita sedang lakukan untuk mengekalkan kawasan yang kita menang... dalam masa yang sama berusaha untuk menawan pengundi-pengundi di 17 PDM yang lain.. jadi kita akan berjumpa dengan semua pengundi dalam masa kempen ini," kata beliau.
Karmaine menghadapi pertandingan enam penjuru melawan calon Barisan Nasional daripada MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, selain calon Gerakan Wendy Subramaniam dan Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz; serta dua calon bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Pengundian bagi PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November ini. - BERNAMA
BACA: PRK Tanjung Piai medan uji kesetiaan dalam PH
Bernama
Tue Nov 05 2019
Karmaine Sardini menegaskan, beliau tidak akan sesekali menyerang peribadi lawanya ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai. - Gambar fail
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.