awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan seksual: Hukuman penjara lapan tahun ejen hartanah kekal

Bernama
Bernama
02/09/2025
14:15 MYT
Serangan seksual: Hukuman penjara lapan tahun ejen hartanah kekal
Dalam penghakimannya, Azman berkata keterangan mangsa boleh dipercayai kerana tiada sebab untuknya mereka bukti dan hukuman penjara selama lapan tahun itu adalah memadai. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang ejen hartanah terpaksa menjalani hukuman penjara lapan tahun mulai hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan bagi kesalahan serangan seksual ke atas seorang remaja yang merupakan ahli keluarganya.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Noorin Badaruddin turut mengekalkan hukuman dua sebatan yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Sesyen terhadap lelaki berusia 33 tahun itu.
Dalam penghakimannya, Azman berkata keterangan mangsa boleh dipercayai kerana tiada sebab untuknya mereka bukti dan hukuman penjara selama lapan tahun itu adalah memadai.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan lelaki itu atas kesalahan terbabit serta mengekalkan hukuman yang telah diputuskan.
Lelaki itu sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM20,000 sementara menunggu keputusan rayuannya.
Kesalahan terbabit berlaku kira-kira 2.30 petang hujung Januari 2020, di dalam sebuah kereta di Masai, Johor. Mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dilaporkan sedang berjalan pulang dari sekolah dalam hujan renyai apabila tertuduh memanggilnya dan mengajaknya masuk ke dalam kenderaannya.
Ibu mangsa adalah ibu saudara kepada isteri tertuduh.
Pada 7 Mac 2024, Mahkamah Sesyen mendapati lelaki itu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun serta dua sebatan terhadapnya mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani kaunseling pemulihan semasa dalam tahanan mengikut Seksyen 26 akta yang sama.
Dia juga dikehendaki menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman penjara, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 27 akta terbabit.
Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan lelaki itu pada 27 Feb lepas.
Lelaki berkenaan diwakili peguam Mohammad Hafizuddin Selamat dan T. Haressh manakala Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim mewakili pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#serangan seksual
#ejen hartanah
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan