KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mengesahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan serangan siber yang dilakukan oleh sebuah kumpulan penggodam yang dikenali sebagai R00TK1T terhadap syarikat pengendali telekomunikasi Maxis Berhad (Maxis).
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata syarikat itu telah memberi notifikasi sewajarnya kepada JPDP bagi mengesahkan tiada ketirisan data peribadi hasil daripada forensik digital yang telah dilaksanakan.
JPDP juga, katanya telah melaksanakan siasatan susulan daripada notifikasi yang diterima itu dan mendapati tiada data peribadi yang terlibat berdasarkan kepada sampel data dikemukakan.
"Susulan daripada ancaman oleh R00TK1T untuk menutup rangkaian Maxis, syarikat itu telah melaksanakan tindakan proaktif bagi menyemak kesahihan dakwaan ini dan mendapati bahawa hanya portal Maxis Interactive Retail Assistant (MIRA) Queue Management System di satu cawangan Maxis terkesan.
"Sistem ini merupakan sistem standalone dan tidak mempunyai sebarang sambungan kepada mana-mana sistem kritikal Maxis," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan Chong Zhemin (PH-Kampar) berhubung ancaman kumpulan R00TK1T untuk menutup rangkaian Maxis.
Gobind berkata CyberSecurity Malaysia dan JPDP serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan untuk memastikan keselamatan data dan juga infrastruktur digital negara selamat.
Kementerian, katanya akan terus bekerjasama dengan NACSA dan agensi siber luar negara untuk menjejak dan mengambil tindakan terhadap pelaku ancaman.
Sementara itu, Gobind berkata pihaknya sentiasa memastikan kepakaran dalam sektor itu berada pada tahap memuaskan dan bersedia bergerak ke hadapan menghadapi ancaman pada masa depan.
Beliau berkata antara langkah yang dilakukan ialah melaksanakan beberapa program untuk meningkatkan pembangunan kapasiti dan menawarkan biasiswa daripada EC-Council sebanyak RM5 juta kepada 2,000 orang.
"Kita juga akan bekerjasama dengan universiti dan syarikat swasta dalam mengukuhkan lagi aspek ini," katanya bagi menjawab soalan tambahan daripada Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang bertanyakan tentang langkah kementerian untuk meningkatan jumlah pakar keselamatan siber.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Bukan hanya Apple, 'spyware' juga beri risiko kepada pengguna Android
Teknologi yang diguna pakai bagi pembangunan 'spyware' bukanlah seperti virus biasa, yang mampu disekat oleh aplikasi antivirus.
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Microsoft dipersalahkan dalam serangan siber penggodam China
Serangan siber ini dipercayai sepatutnya tidak berlaku dan boleh dihalang. Namun begitu kegagalan sekuriti oleh Microsoft menjadi penyebab insiden ini berlaku.
Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled
Sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco
Kos yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan anggaran sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).
Penubuhan JKSN di bawah RUU Keselamatan Siber perlu untuk tangani isu keselamatan
Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) di bawah Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 adalah perlu.
NACSA kesan peningkatan insiden keselamatan siber
Pelaku menyasarkan laman sesawang, sistem dalam talian, rangkaian dan aplikasi milik organisasi swasta serta kerajaan di Malaysia.