awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
Polis tahan wanita tular ludah polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serbuan di klinik Dr Hamid Arshat demi kepentingan ramai, bukan perkauman

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/10/2019
07:25 MYT
Serbuan di klinik Dr Hamid Arshat demi kepentingan ramai, bukan perkauman
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, tidak timbul isu perkauman dalam tindakan berkenaan, sebaliknya ia isu kepentingan kesihatan orang ramai. - Gambar fail
Serbuan yang dilakukan terhadap pejabat pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat pada Rabu dibuat demi kepentingan orang ramai.
Ia dibuat selepas premis itu didapati masih gagal berdaftar sebagai klinik walaupun diberi peluang disamping menjual barangan yang tidak didaftar di bawah bahagian farmasi.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, tidak timbul isu perkauman dalam tindakan berkenaan, sebaliknya ia isu kepentingan kesihatan orang ramai.
“Kita buat serbuan atas kepentingan orang ramai untuk menjaga kepentingan orang ramai. Jadi apabila serbuan dibuat, ada Standard Operating Prosedure (SOP) tak ada kekerasan dan sebagainya. Jadi mungkin pandangan yang berbeda, itu perkara yang biasalah.
“Kesihatan orang ramai, bukan kesihatan perkaumanlah. Ini untuk menjaga kepentingan orang ramai dan ini tidak ada kaitan dengan perkauman,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Mengenai Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Sepanjang Hayat di Ipoh pada Sabtu.
BACA: Tiada kekasaran, pemeriksaan di klinik Dr Hamid Arshat patuhi prosedur - KKM
BACA: Pakar bidan Dr Hamid Arshat kecewa pejabatnya diserbu tanpa sebab yang jelas
Terdahulu, Dr Hamid dilaporkan kesal apabila pejabatnya yang terletak di Plaza Damansara diserbu sekumpulan kakitangan KKM yang tidak membawa notis serbuan dan tanpa menjelaskan tujuan serbuan dilakukan.
Menurut Dr Lee Boon Chye, sekiranya tidak berpuas hati, pakar sakit puan dan perbidanan itu berhak untuk mengambil tindakan undang-undang, jika perlu.
Topic Berkaitan
#Dr Hamid Arshat
#Dr Lee Boon Chye
#Ipoh
#Kanak-kanak
#kesihatan
#KKM
#pakar perbidanan terkenal
#pakar sakit puan
#Timbalan Menteri Kesihatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan