awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serbuan pesta gay: Siapa cakap benar, siapa menipu? - Soal MP Pokok Sena

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/07/2025
05:50 MYT
Serbuan pesta gay: Siapa cakap benar, siapa menipu? - Soal MP Pokok Sena
Ahmad (foto) menyifatkan percanggahan kenyataan di antara KKM dan PDRM berhubung program itu sebagai sesuatu yang pelik. -Foto YouTube Parlimen
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan isu berkaitan serbuan pihak berkuasa di sebuah banglo di Kota Bharu, Kelantan yang didakwa menganjurkan pesta gay.

Ringkasan AI
  • Polis Kelantan menegaskan serbuan di banglo Kota Bharu adalah berasaskan risikan dan bukti sahih, tanpa penglibatan NGO atau KKM, serta tiada kelulusan rasmi untuk program tersebut.
  • Menteri Kesihatan menyatakan program itu adalah kesedaran kesihatan berkaitan HIV, mencetuskan persoalan mengenai percanggahan kenyataan antara KKM dan PDRM.
  • Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan sama ada serbuan itu mencabul hak asasi manusia atau mendedahkan program songsang, serta mencadangkan kerjasama SUHAKAM dan JAKIM diperkukuh untuk mengharmonikan isu hak asasi dengan prinsip syariah.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad @ Yahaya, menyifatkan percanggahan kenyataan di antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung program itu sebagai sesuatu yang pelik.
"Dalam bahasa lain, siapa sebenarnya yang bercakap benar, atau yang menipu?
"Pihak Polis Kelantan mengesahkan tiada penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), klinik kesihatan, mahupun KKM dalam acara berkenaan.
"Bahkan, pegawai daripada NGO atau agensi kementerian sendiri tidak muncul," katanya ketika sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2023, di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Semalam, media melaporkan, Polis Kelantan menegaskan serbuan dilakukan bulan lalu adalah berasaskan maklumat risikan dan bukti yang sah, tanpa sebarang niat diskriminasi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika serbuan dilakukan tiada wakil penganjur daripada NGO atau kakitangan KKM di lokasi berkenaan.
Malah, katanya, tiada sebarang maklumat yang menunjukkan program berkenaan mendapat kelulusan atau pemantauan daripada mana-mana pihak berautoriti.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada selasa dilaporkan berkata program yang diserbu polis Kelantan sebenarnya adalah program kesedaran kesihatan berkaitan HIV.
Bagaimanapun, kementerian itu tidak mengulas mengenai operasi yang dijalankan oleh pihak polis.
Mengulas lanjut, Ahmad turut mempersoalkan sama ada serbuan yang dilakukan oleh pihak polis itu boleh dianggap sebagai mencabul hak asasi manusia, atau sebaliknya ia memang sebuah program songsang yang berselindung atas nama kesedaran kesihatan.
Sehubungan itu, beliau memohon penjelasan lanjut daripada pihak kementerian mengenai pencanggahan tersebut.
Dalam sesi perbahasan sama, Ahmad juga membangkitkan agar kerjasama antara SUHAKAM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diperkukuh, khususnya dalam usaha mengharmonikan isu hak asasi manusia dengan prinsip maqasid syariah.
Jelas beliau, kerjasama tersebut penting dalam memastikan pendekatan terhadap isu-isu seperti pemakaian tudung oleh wanita Muslim serta etika berpakaian sopan di premis kerajaan, tidak hanya dinilai dari sudut hak asasi semata-mata.
"Apa yang berlaku ialah sebahagian isu hanya dinilai dari segi aspek hak asasi sehingga mengetepikan prinsip-prinsip yang telah diletakkan oleh syarak.
"Sedangkan asas hakiki bagi suatu hak asasi itu sendiri adalah mematuhi syariat sebagaimana yang ditaklifkan oleh syarak," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pesta gay
#Dewan Rakyat
#Polis Kelantan
#Ahmad Saad Yahaya
#serbuan di banglo Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan