awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/02/2024
06:16 MYT
Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000
Tertuduh Tan Chee Keong (baju merah) membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan. - Foto Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Padah menyakiti seekor anjing betina, seorang penjaja dipenjara sehari dan didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina menggunakan rantai, November tahun lepas.
Tertuduh Tan Chee Keong, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam dialek Hokkien di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan penjara enam bulan terhadap tertuduh sekiranya denda itu gagal dibayar.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan kesakitan tidak wajar iaitu menyeret seekor anjing betina jenis Mongrel berwarna perang di permukaan lantai jalan menggunakan seutas rantai sepanjang 182cm dengan menggunakan motosikal.
Perbuatan itu didakwa di lakukan di Taman Sukun Indah, Bukit Mertajam pada jam 12.06 tengah malam ,21 November tahun lepas.
Tertuduh didakwa melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan kesakitan tidak wajar iaitu menyeret seekor anjing betina jenis Mongrel di permukaan lantai  jalan menggunakan seutas rantai. - Foto Astro AWANI
Tertuduh didakwa melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan kesakitan tidak wajar iaitu menyeret seekor anjing betina jenis Mongrel di permukaan lantai jalan menggunakan seutas rantai. - Foto Astro AWANI
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 44(1) (d) Akta Binatang ( Pindaan ) 2013 ( Akta A1452) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 44(1) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh di denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Negeri Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Anas Hakimi.
Dalam prosiding itu, Roziman memohon mahkamah mengambil kira sensitiviti kes tersebut kerana ia kes tular selain menetapkan hukuman berat berbentuk pengajaran serta mengambil kira tentang kebajikan haiwan.
Bagaimanapun, peguam tertuduh kemudian merayu kepada mahkamah untuk meringankan hukuman terhadap anak guamnya memandangkan ia adalah kesalahan pertama yang dilakukannya.
Katanya, tertuduh juga insaf dan menyesal atas perbuatannya itu, selain trauma susulan berdepan dengan pertuduhan itu hingga tidak berniaga selama dua bulan yang menyebabkan dia kehilangan pendapatan.
Selain itu, tertuduh yang tidak bekerja perlu menanggung isteri yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) serta anak berusia 8 tahun.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM12,000 atau penjara 6 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Topic Berkaitan
#seret anjing betina
#guna rantai
#penjaja dipenjara
#Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan