BUKIT MERTAJAM: Padah menyakiti seekor anjing betina, seorang penjaja dipenjara sehari dan didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina menggunakan rantai, November tahun lepas.
Tertuduh Tan Chee Keong, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam dialek Hokkien di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan penjara enam bulan terhadap tertuduh sekiranya denda itu gagal dibayar.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan kesakitan tidak wajar iaitu menyeret seekor anjing betina jenis Mongrel berwarna perang di permukaan lantai jalan menggunakan seutas rantai sepanjang 182cm dengan menggunakan motosikal.
Perbuatan itu didakwa di lakukan di Taman Sukun Indah, Bukit Mertajam pada jam 12.06 tengah malam ,21 November tahun lepas.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 44(1) (d) Akta Binatang ( Pindaan ) 2013 ( Akta A1452) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 44(1) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh di denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Negeri Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Anas Hakimi.
Dalam prosiding itu, Roziman memohon mahkamah mengambil kira sensitiviti kes tersebut kerana ia kes tular selain menetapkan hukuman berat berbentuk pengajaran serta mengambil kira tentang kebajikan haiwan.
Bagaimanapun, peguam tertuduh kemudian merayu kepada mahkamah untuk meringankan hukuman terhadap anak guamnya memandangkan ia adalah kesalahan pertama yang dilakukannya.
Katanya, tertuduh juga insaf dan menyesal atas perbuatannya itu, selain trauma susulan berdepan dengan pertuduhan itu hingga tidak berniaga selama dua bulan yang menyebabkan dia kehilangan pendapatan.
Selain itu, tertuduh yang tidak bekerja perlu menanggung isteri yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) serta anak berusia 8 tahun.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM12,000 atau penjara 6 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Feb 29 2024
Tertuduh Tan Chee Keong (baju merah) membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan. - Foto Astro AWANI
Baling bom petrol di pusat hiburan: dua lagi lelaki didakwa
Peguam M.V. Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan Muhammad Hasan mempunyai tanggungan enam orang anak serta isteri yang menghidap asma serta ibu mentua yang sakit tua
[TERKINI] Tujuh individu termasuk ahli keluarga direman pada Sabtu
Tujuh individu yang ditahan berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu bagi mendapatkan perintah reman.
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000
Seorang penjaja dipenjara sehari dan didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina menggunakan rantai.