"Seronok itu sementara, sengsara selama, lama, lama, lama, lama...." begitulah mesej daripada Suhaimi Ahmad, Pengarah Rekreasi PENGASIH, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan pusat pemulihan penagih dadah terkemuka di negara ini, kepada mereka yang tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau tidak mengetahui masalah berkaitan gejala itu.
"Ia merosakkan struktur keluarga, merosakkan struktur masyarakat. Anda akan merasa terbuang, anda akan merasakan kesunyian.
"Jadi ingat, jauhi dadah. Seronok itu sementara, sengsaranya sampai ke liang lahad. Itu sahaja pesanan saya," kata Suhami, yang juga bekas penagih dadah tegar sebelum kehidupannya diselamatkan oleh PENGASIH dan kini menjadi seorang daripada orang kanan di NGO berkenaan.
Beliau bergelumang dengan penagihan dadah selama 22 tahun dan telah bersih daripada gejala itu selama 18 tahun sejak menjalani rawatan dan pemulihan di Rumah PENGASIH di Bukit Tunku di tengah-tengah ibu negara ini dan kini menabur khidmat bakti kepada mereka yang senasib dengannya di suatu masa dahulu.
Suhaimi dalam temu ramah dengan Bernama berkata: "Memang betul masyarakat mengatakan penagih dadah itu sampah. Memang betul. Tetapi di kota seperti Kuala Lumpur ini, ada tiga tong sampah di tepi-tepi jalan.
"Satu untuk botol, satu untuk aluminium dan yang satu lagi untuk sampah biasa. Sampah-sampah ini dibawa ke mana? Ke kilang untuk dikitar semula. Begitulah juga penagih dadah macam saya dahulu, dimasukkan ke Rumah PENGASIH, dikitar semula sehingga sekarang."
Di Rumah PENGASIH, beliau mendapat begitu banyak pengajaran untuk memulakan kehidupan baharu, termasuk menjalani program pelajaran pemulihan di Singapura, dan di Amerika Syarikat.
Rumah PENGASIH yang diasaskan oleh bekas penagih dadah kini telah melebarkan fungsinya sebagai pusat pemulihan bukan berkaitan dadah seperti penagihan alkohol, ponteng sekolah dan bekas-bekas banduan yang bakal menyertai semula masyarakat.
NGO ini mendapat bantuan kewangan daripada agensi kerajaan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Selangor dan sejak 2008 daripada Khazanah Nasional Berhad.
Khazanah Nasional juga membantu dalam pembangunan sumber manusia menerusi program lestari bertujuan membolehkan bekas penagih berdikari dengan mengadakan projek-projek keusahawanan kecil dan sederhana.
"Di Rumah PENGASIH, kami pakai modaliti, iaitu dalam aspek bio, psikologi, sosial dan spiritual. Kami betulkan pola pemikiran mereka, kami betulkan balik macam mana mereka dan mengedalikan emosi dan mengubah tingkah laku, betulkan balik soal tanggungjawab. (Tentang) macam mana nak bertanggungjawab kepada diri sendiri, pada agama, bangsa dan masyarakat," kata Suhaimi menjelaskan konsep pemulihan yang diguna pakai.
Juga diamalkan ialah konsep kekeluargaan dan role model, di samping konsep tekanan sebaya. Setelah mereka keluar, diadakan Narcotic Anonymous Group untuk penagih dadah dan Alcoholic Anonymous Group untuk penagih alkohol, yang berjumpa setiap minggu.
"Setiap hari akan ada kumpulan untuk penagih yang telah berjaya di luar sana, mereka ada tempat untuk mencurah rasa, jadi tak payah pantau-pantau," katanya.
Bagaimanapun, setelah lebih 40 tahun Malaysia melancarkan perang terhadap penyalahahgunaan dadah, ia masih lagi merupakan masalah nombor satu negara kerana berbeza dengan jenis dadah yang berleluasa dahulu seperti candu, ganja, heroin dan morphin, kini terdapat "designer drugs" seperti pil kuda, pil ecstasy, syabu dan ketamine.
"Ini orang kaya sahaja yang hisap. Saya tak sampai tahap itu. Kalau saya hisap sekarang ni, saya tak duduk sini, saya di wad gila," tambah Suhaimi.
PENGASIH juga mengendalikan program 'Kenali Anak Kita' yang membabitkan kempen di sekolah-sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Usaha ini perlu kerana kadang-kadang ibu bapa tidak tahu anak mereka terlibat dadah akibat tidak mengambil tahu tentang pergerakan anak-anak.
"Ibu bapa dapat tahu anak hisap dadah masa bila? Bila polis datang ketuk rumah mereka.
"Dan walaupun kita tidak boleh buang stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap penagih dadah bahawa mereka sampah masyarakat atau bangkai bernyawa, terbukti bahawa saya sebagai penagih satu ketika dahulu atau 'the walking dead of Kuala Lumpur', saya pun tak sangka saya boleh bersih daripada dadah dan kini mengharungi kehidupan seperti hari ini," kata Suhaimi yang kini berusia 55 tahun dan mempunyai tiga orang cucu.
Pengasas dan Presiden PENGASIH Datuk Yunus Pathi, ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai skop rawatan dan pemulihan NGO itu, berkata ia kini merawat mereka yang mempunyai masalah tingkah laku.
"Ramai klien kami yang datang ke PENGASIH bukan hanya kerana masalah dadah, kerana program PENGASIH adalah program self-empowerment, program bawa orang itu boleh berdikari.
"Masalah penagihahan dadah serius, sampai hari ini serius. Cuma mereka tidak lagi berada di Chow Kit. Mereka tidak lagi berkeliaran di jalan raya. Kalau pergi pun, mungkin buat publisiti sahaja.
"Mereka sekarang adalah 'career addicts' yang bekerja dan menagih dadah," katanya. Dan dadah yang mereka gunakan bukan lagi dadah macam dahulu," katanya.
Menjawab soalan, Yunus berkata matlamat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) yang telah mengisytiharkan tahun 2015 sebagai tahun bebas dadah tidak akan tercapai.
Sambil ketawa, beliau berkata: "Ini hanya mimpi atau angan-angan kosong yang tidak akan menjadi realiti kerana masalah dadah di rantau ini tetap serius seperti dahulu." -- Bernama
Bernama
Thu Jan 23 2014
Rumah Pengasih - Foto BERNAMA
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Radhi OAG pernah ke 'heaven and hell', mahu bantu pemulihan penagih lain
Radhi OAG sertai kempen antidadah Drug Free Malaysia untuk menceritakan pengalaman buruk menjadi seorang penagih.