awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan bom tangan ditemui dalam mayat Prigozhin - Putin

Bernama
Bernama
06/10/2023
09:56 MYT
Serpihan bom tangan ditemui dalam mayat Prigozhin - Putin
Pemerhati antarabangsa mengesyaki bahawa Kremlin menjadi dalang nahas pesawat yang mengorbankan Prigozhin pada 23 Ogos. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Kira-kira enam minggu selepas kematian ketua kumpulan tentera upahan Rusia Wagner, Yevgeny Prigozhin, yang mencetuskan pelbagai spekulasi berhubung potensi penglibatan Kremlin, Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengulas mengenai nahas pesawat itu buat kali pertama, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Serpihan bom tangan telah ditemui dalam mayat mereka yang terkorban dalam nahas pesawat," kata Putin di pusat peranginan Laut Hitam Rusia di Sochi pada Khamis.
"Tiada pengaruh luar ke atas pesawat itu, itu fakta yang telah pun diketahui," katanya memetik penyiasat.
Tuntutan ini tidak dapat disahkan secara bebas. Setakat ini, penyiasat belum mengulas mengenai punca nahas.
Pemerhati antarabangsa mengesyaki bahawa Kremlin menjadi dalang nahas pesawat yang mengorbankan Prigozhin pada 23 Ogos, sebagai tindakan balas terhadap pemberontakan bersenjata tentera Wagner.
Kremlin telah menafikan sebarang penglibatan.
Pemberontakan Wagner berlaku akibat ketegangan yang meningkat antara komander tentera Rusia dan Prigozhin.
Tentera Wagner kemudian menarik diri dari Ukraine, dan Prigozhin mengetuai pemberontakan singkat pada Jun. Tetapi dia dan beberapa pemimpin tertinggi Wagner yang lain kemudiannya terbunuh dalam nahas pesawat misteri di luar Moscow.
Rusia telah menolak siasatan antarabangsa ke atas nahas pesawat peribadi Prigozhin di wilayah Tver Rusia.
Berikutan pemberontakan yang gagal pada bulan Jun, Kremlin telah menawarkan pejuang Wagner untuk menyertai tentera Rusia. "Beberapa ribu pejuang" setakat ini telah menandatangani kontrak dengan Kementerian Pertahanan Rusia, kata Putin.
Menurut kenyataan Putin sebelum ini, tentera upahan Wagner akan dikera semula dalam unit baharu dalam perang menentang Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#tentera upahan Rusia
#Yevgeny Prigozhin
#tentera Wagner
#nahas pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan