awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan dijumpai di Besut bukan daripada MH370 - Liow

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2016
13:42 MYT
Serpihan dijumpai di Besut bukan daripada MH370 - Liow
LIOW: Pemeriksaan mendapati bahawa serpihan tidak sepadan dengan pesawat Boeing 777, dengan itu mengesahkan bahawa serpihan tersebut bukan daripada MH370. -Gambar fail
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan serpihan pesawat yang dijumpai di pantai Besut, Terengganu bukan daripada pesawat MH370.
"Pemeriksaan mendapati bahawa serpihan tidak sepadan dengan pesawat Boeing 777, dengan itu mengesahkan bahawa serpihan tersebut bukan daripada MH370," kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Liow, pemeriksaan telah dilakukan sebuah pasukan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airlines bagi menentukan asal serpihan itu, lapor Bernama.
BACA: Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai
Beliau juga melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa berkaitan kerana membantu dalam proses pengecaman itu.
"Kami terus komited kepada usaha mencari MH370, dan akan terus memaklumkan kepada waris keluarga dan orang ramai mengenai apa-apa perkembangan terkini," kata beliau.
Penemuan objek dipercayai serpihan pesawat di pantai Beting Lintang di Besut pada Rabu lepas, menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang hampir dua tahun lepas.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac, 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Topic Berkaitan
#Liow Tiong Lai
#Malaysia Airlines
#Menteri Pengangkutan
#MH370
#pantai Besut
#pesawat Boeing 777
#serpihan pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan