awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seru pakaian serba biru untuk Hari Kebangsaan, ini penjelasan penganjur

Asyraf Malik
Asyraf Malik
29/08/2025
11:34 MYT
Seru pakaian serba biru untuk Hari Kebangsaan, ini penjelasan penganjur
Kempen Malaysia Go Blue ini diharap dapat meniup kembali semangat perpaduan baharu yang kian pudar.
KUALA LUMPUR: Satu inisiatif baharu digerakkan bagi menyemarakkan semangat perpaduan, rakyat Malaysia digesa mengenakan pakaian berwarna biru pada setiap 30 Ogos bermula tahun ini.
Kempen dinamakan Malaysian Go Blue ini menekankan konsep perpaduan melalui warna biru yang melambangkan kesatuan dalam Jalur Gemilang.
Penganjur kempen, Kamelia Abdullah berkata, usaha ini bukanlah berbentuk perhimpunan atau majlis rasmi, sebaliknya satu simbol kesatuan yang boleh dizahirkan dalam kehidupan seharian.
“Pada 30 Ogos, orang ramai digalakkan memakai apa sahaja pakaian berwarna biru ketika mengerjakan solat, bersarapan, bekerja, berniaga, beriadah, bersekolah mahupun ketika berkunjung ke pasar,” jelasnya.
Tambah Kamelia, konsep itu membawa mesej padat iaitu perpaduan boleh ditonjolkan dalam bentuk paling ringkas serta mudah, iaitu menerusi warna pakaian yang menyatukan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Selain itu, beliau turut mengharapkan sokongan daripada peniaga tempatan, supaya tampil memberikan insentif dengan menawarkan promosi atau jualan istimewa kepada pelanggan yang berpakaian biru pada tarikh berkenaan.
"Langkah ini mampu memberi nilai tambah dan galakan kepada masyarakat untuk turut serta dalam kempen.
“Saya mahu inisiatif ini menjadi tradisi tahunan. Kita tidak perlu berhimpun beramai-ramai, cukup sekadar menyarung warna biru dalam apa sahaja urusan harian. Dengan cara ini, mesej perpaduan dapat disebarkan secara meluas,” ujarnya.
Tambah beliau, idea ini lahir daripada pengalaman hidupnya di Pulau Pinang yang pernah menyaksikan semangat kebersamaan rakyat berbilang bangsa ketika menikmati makanan di meja dan berbual tentang pelbagai perkara.
Malangnya, suasana itu kini semakin berkurangan, usaha ini diharap dapat meniup kembali semangat perpaduan baharu.
“Saya mahu rakyat Malaysia lihat kita semua sama, kita Anak Malaysia, dan kita Biru. Itulah semangat yang ingin saya hidupkan melalui kempen Malaysian Go Blue ini
"Ini simbol perpaduan rakyat Malaysia, sekali gus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan mesej yang segar dan inklusif,” katanya lagi.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Malaysian Go Blue
#Hari Kebangsaan
#kempen pupuk perpaduan
#baju biru
#perpaduan
#kesatuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan