PUTRAJAYA: Pelaksanaan mekanisme sesi libat urus pihak industri melalui pengeluaran Surat Pemberitahuan (SP) menunjukkan hasil positif apabila harga ayam di pasaran mula dilihat stabil pada masa ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sesi libat urus yang membabitkan pembekal, penternak dan pemborong itu adalah supaya mereka tidak membuat sebarang tekanan harga yang memberi kesan kepada harga runcit pengguna.
Menurutnya mekanisme pengeluaran SP di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga itu digunakan sebagai pendekatan secara lembut yang bersifat seimbang dan mengambil kira situasi yang dihadapi oleh pihak industri susulan daripada kenaikan harga makanan ternakan.
"Tujuan pengeluaran SP ini adalah sebagai peringatan dan arahan kepada pihak peniaga di setiap rantaian agar membuat semakan semula harga dan membuat perubahan harga (supaya) tidak beri kesan kepada harga runcit pengguna di pasaran," katanya dalam kenyataan hari ini mengenai isu harga ayam.
Nanta berkata kenaikan harga yang berterusan sebelum ini dapat distabilkan hasil kerjasama daripada pengeluar dan pihak yang terbabit dalam rantaian pemasaran ayam.
Menurut beliau sejumlah 145 SP telah dikemukakan kepada peniaga di setiap rantaian pengedaran bagi memberi makluman dan peringatan agar tiada perubahan harga yang menunjukkan kenaikan mendadak dilakukan buat masa ini.
Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) buat masa ini tidak bercadang untuk melaksanakan kawalan harga sepanjang masa kecuali yang dilaksanakan ketika musim perayaan utama melalui penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).
Bagaimanapun, katanya kementerian tidak teragak-agak untuk melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dengan membuat kawalan harga sepanjang masa jika harga di setiap rantaian pengedaran ayam semakin meningkat dan tidak munasabah.
"Tindakan semasa adalah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan harga ayam secara konsisten bagi memastikan tiada berlakunya sebarang manipulasi harga atau untung dalam kalangan peniaga melalui mekanisme kawalan yang dikuatkuasakan melalui perundangan antipencatutan," katanya.
Menurut Nanta sejumlah 164 premis telah diperiksa oleh penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara hingga 14 Sept lepas melibatkan 166 jenis ayam meliputi ayam hidup, ayam standard dan ayam super.
Sejumlah 163 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) juga telah dikeluarkan kepada peniaga ayam yang diperiksa bagi tujuan mendapatkan maklumat terperinci berhubung kos operasi dan kos belian, katanya.
Nanta berkata setakat ini tiada perlakuan kartel dikesan terlibat di sebalik kenaikan harga ayam, namun KPDNHEP dengan kerjasama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menyiasat di bawah perundangan yang dikuatkuasakan.
"KPDNHEP memahami kerugian yang dialami oleh pihak peniaga ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah menjejaskan perniagaan mereka.
"Namun peniaga di setiap rantaian bekalan ayam diingatkan untuk tidak mengambil tindakan drastik dengan menaikkan harga bagi menampung kerugian mereka. Orang tengah juga diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan menekan peniaga dan pengguna," katanya.
Menurut beliau KPDNHEP mengambil maklum permasalahan harga makanan ayam yang tinggi, yang mana kira-kira 80 peratus makanan ayam adalah diimport dan kenaikan harganya di peringkat global turut mempengaruhi isu harga ayam di pasaran negara.
Katanya KPDNHEP akan mengadakan perbincangan berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memastikan isu kos tinggi seperti dedak ayam diimport, harga baka ayam dan anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat pengguna dapat diminimumkan dan diurus dengan baik.
Bagi mencari penyelesaian jangka panjang yang munasabah dan boleh dilaksanakan untuk menstabilkan harga ayam, Nanta berkata satu pertemuan dan perbincangan bersama MAFI dan Kementerian Kewangan (MOF) akan diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
Nanta berkata kenaikan harga yang berterusan sebelum ini dapat distabilkan hasil kerjasama daripada pengeluar dan pihak yang terbabit dalam rantaian pemasaran ayam. - Gambar hiasan/BERNAMA
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Malaysia perlu manfaatkan pasaran ASEAN yang dijangka cecah lebih satu bilion pengguna - Rafizi
Malaysia perlu mengambil peluang dalam pasaran terbuka ASEAN untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatannya serta terus menempatkan negara di kedudukan tertinggi dalam pasaran.
Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil
Oleh kerana waktu yang terlalu singkat, MUDA tidak dapat menghantar wakil untuk hadir sesi libat urus itu.
Sesi libat urus muktamadkan RUU Akta Sewaan Kediaman akan diteruskan
Sesi libat urus bagi memuktamadkan draf penggubalan RUU Akta Sewaan Kediaman khususnya dalam aspek pelaksanaan dan pentadbiran akta akan diteruskan bersama kerajaan negeri.
RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dicadang dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas
Teresa Kok berkata cadangan untuk dirujuk ke jawatankuasa itu penting bagi membolehkan lebih banyak sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dilakukan.
KUSKOP adakan sesi libat urus pertama MPUKPPD zon utara - Ewon
KUSKOP pada Sabtu mengadakan sesi libat urus pertama berhubung cadangan pelaksanaan MPUKPPD bagi negeri-negeri zon utara.
KPT sedia teliti semula jumlah jam mengajar pensyarah di universiti
Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneliti keperluan keseimbangan jumlah jam mengajar bagi kalangan pensyarah di universiti negara ini.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kawal selia platform media sosial perlu ada pendekatan 'carrot and stick'
Ketua Pengawai Ekosistem MRANTI, Safuan Zairi berpendapat bahawa setiap pengawalan selia media sosial mesti mempunyai pendekatan 'carrot and stick' dan ini harus melibatkan akta, peraturan
FMM gesa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguh
FMM menggesa agar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguhkan dahulu sementara menunggu kajian selanjutnya.